Kenyataan menghina: Ketua Peneroka mahu saman Isa Samad

AMPANG, 28 Nov: Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKKP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan menghina peneroka.
Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Kuala Pilah baru-baru ini.

“Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar dalam tempoh 14 hari.

“Jika enggan memohon maaf, kita akan meneruskan tindakan saman terhadap beliau,” kata Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini.

Kira-kira 15 anggota mereka turut serta pada sidang media itu termasuk pimpinan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda.
Dalam ucapan yang turut ditayangkan kepada media, Isa dilihat mengeluarkan kenyataan seperti “jika budak kecil, saya dah lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu” dan “jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia”.

Dia juga secara jelas menujukan kenyataan-kenyataan itu kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama “Pak Sam”, lapor harakah daily.

Bagaimanapun tindakan Isa itu dianggap menghina seluruh peneroka kerana Shamsuddin adalah ketua peneroka Felda kebangsaan yang mewakili seluruh peneroka.

Menurut Shamsuddin lagi, penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal prolehan Felda yang hanya mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan.

Sedangkan pendapatan Felda daripada tanah-tanah itu sekarang ini sekitar RM2 billion setahun.
“Ini kali pertama dalam sejarah, pengerusi Felda hina peneroka, tak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Selain itu dalam video itu juga, Isa secara tersekat-sekat menggelarkan ‘JKPP’ sebagai ‘JKK’.

“Setelah hampir setahun bertugas tetapi masih tidak mengetahui nama dan fungsi JKPP membuktikan Tan Sri Isa tidak layak menerajui Felda,” katanya.

1 comment

ahlee said...

Kerajaan Nik Najis bagi bantuan apa? Bagi air jampi?
Wakakakaka..
Lu fikir la sendiri!
Published with Blogger-droid v1.7.4
Posted by PUTRA MERDEKA at 2:25 PTG Labels: kelantan banjir

Powered by Blogger.