MIPAS: Apa jasa Nalla kepada negara, kaum India?

Barathidasan Saminathan

Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) difahamkan bahawa Datuk KS Nallakaruppan dilantik sebagai senator dan dijadualkan mengangkat sumpah di Dewan Negara.

MIPAS ingin mempersoalkan adakah ia suatu majlis yang harus di bangga kan? Nallakaruppan menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) setelah keluar daripada PKR, malangannya MIUP tidak menyertai pilihan raya umum ke-12, ia hanya menumpukan kepada kerja-kerja dalaman parti sahaja.

Selain daripada itu MIUP bukanlah sebuah parti majoriti yang mewakili masyarakat India.

MIPAS ingin bertanya apakah sumbangan Nallakaruppan untuk masyarakat India dan negara? Pernahkah beliau membawa apa-apa perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik?

Juga apakah sumbangan beliau terhadap pembangunan negara dan isu-isu semasa seperti masalah setinggan, peluang perniagaan, pembelajaran, novel Interlok, perjuangan penduduk Ladang Bukit Jalil untuk mendapatkan tanah seluas empat ekar, kempen sejarah sebenar dan banyak lagi isu-isu semasa masyarakat India yang harus ditangani.

Bagi MIPAS, Nallakaruppan hanyalah merupakan bekas "rakan tenis" Datuk Seri Anwar Ibrahim, adakah untuk itu beliau dilantik sebagai senator?

Penulis adalah setiausaha agung, Persatuan Progresif India Malaysia

No comments

Powered by Blogger.