Ezam Md. Nor hanyalah pengubat luka

Oleh shahil

" Selepas mengalami kekalahan besar dalam PRU yang lalu, UMNO seolah-olah seperti anak ayam kehilangan ibu. Pemimpin-pemimpin UMNO seolah-olah termangu-mangu dan tercari-cari apakah punca kekalahan tersebut. Ia begitu tragis sehingga seluruh warga UMNO merasakan ia berlaku bagaikan mimpi.

Pemimpin-pemimpin UMNO kemudian saling menuding jari sesama sendiri, saling tuduh menuduh sebagai penyebab kekalahan. Berbagai forum diadakan untuk mencari sebab kekalahan itu dan resolusi untuk meraih semula sokongan rakyat. Tidak cukup dengan ahli sendiri, NGO dan ahli akdemik juga diheret untuk menyelesaikan masalah ini.


Dalam keadaan penuh kelukaan ini, Ezam Md. Nor muncul sebagai Malaikat dari langit. Beliau dilihat sebagai ubat untuk menyembuhkan luka UMNO. UMNO seolah-olah menndapat suntikan baru dan seperti mendapat nyawa baru. Kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO diwar-warkan sebagai hilang keyakinan terhadap PKR.

Namun secara rasionalnya, kemasukan Ezam ini tidak membantu UMNO untuk memulihkan keyakinan rakyat. Ini kerana rakyat akan menyorot semula sikap Ezam semasa berrsama PKR dan GERAK. Ketika itu beliau penentang UMNO yang kuat. Rakyat yang prihatin akan melihat Ezam seorang yang tidak mempunyai prinsip yang teguh.

Kemasukan Ezam hanyalah dapat menenangkan hati pemimpin UMNO atasan semata-mata sedangkan ia tidaklah mendatangkan menafaat yang besar. Apakah yang dapat dilakukan oleh Ezam? Adakah ia dapat membenteras rasuah dari dalam UMNO? Adakah ia dapat mengubah sistem pemberian tender secara terus yang diamalkan oleh kerjaaan UMNO kepada sistem tender terbuka yang telus? Nampaknnya hampir mustahil.

Seperkara lagi yang mungkin Ezam terlepas pandang ialah kerjayanya dalam politik muungkin menempuh jalan sukar. Tidak mustahil ahli-ahli UMNO akan menyekatnya dari bawah lagi. Pemimpin UMNO yang pernah disumpah seranahnya tidak akan membiarkannya bergerak bebas. Jika Ezam mampu meningkat naik kejawatan pemimpin tertinggi, ia adalah satu keajaiban baginya dan satu keluarbiasaan bagi UMNO.

No comments

Powered by Blogger.