PERAK: KEMANA RM8 JUTA DIBELANJAKAN?

Tajol mesti jelaskan kemana wang RM8Juta itu dibelanjakan dalam tempoh dua bulan sahaja sewaktu pilihanraya yang lalu

Kerajaan Perak mahu kerajaan yang lepas, Barisan Nasional menjelaskan bagaimana RM8 juta dana pembangunan bagi tahun ini dibelanjakan dalam tempoh tidak sampai 3 bulan.

Anggota exco kanan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, kerajaan Pakatan Rakyat amat terkejut sekali terhadap cara penggunaan dana, yang diperuntukan bagi projek-projek kecil telah di gunakan sebelum atau pada 8 Mac waktu kempen pilihanraya yang baru lalu.

Dana tersebut, katanya , merupakan peruntukan RM75,000 bagi setiap ahli dewan Barisan Nasional dengan tambahan RM100,000 yang diberikan kepada setiap ahli exco negeri.

“Rakyat mengesyakki dana tersebut telah digunakan dalam kempen pilihanraya yang lalu.”

“Kami belum menuduh mereka lagi, tetapi kami mahu mereka memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut,” jelas Ngeh dalam satu sidang media semalam.

“Saya minta mantan MB Perak Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli dan lain-lain bekas anggota exco, yang kini menanggotai dewan undangan negeri, menjelaskan perkara tersebut untuk berlaku adil kepada rakyat,” katanya.

Mendesak supaya kerajaan yang lepas supaya menyenaraikan perbelanjaan,Ngeh berkata , ini adalah satu bukti kes penyalah urusan.

“Dana tesebut adalah peruntukan bagi tempuh sepanjang tahun, tetapi telah dibelanjakan dalam tempoh dua bulan. Adakah ianya digunakan bagi tujuan politik?”

Kerajaan yang lalu harus dengan segera menyatakan melalui media atau menulis kepada kerajaan negeri sekarang supaya rakyat mengetahui urusan perbelanjaan tersebut, katanya.

al husyen

No comments

Powered by Blogger.