kerja keras abdullah berhasil hhahahaha

Tak mengapa,10% elaun keraian sahaja...ada banyak elaun lain lagi,ada elaun mesyuarat , elaun gunting rambut..elaun hari raya...

Apabila Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan supaya , elaun menteri dipotong 10%, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan cadangan tersbut adalah tidak rasional.

”Cadangan untuk menjimatkan wang kerajaan perlu difokuskan kepada aspek rasional dan bukan disebabkan oleh perasaan marah kepada menteri.” kata Shahril.

''Kalau potong elaun menteri-menteri, tidak sampai RM1 bilion pun. Kalau elaun menteri sampai berbilion, saya rasa ada kesan,” jelasnya lagi.

Ah! Shahril, kalau macam itu, apakata dipotong semua sekali elaun para menteri BN tu?

Entah berapa billion akan dapat dijimatkan agaknya kalau dipotong semua sekali elaun keraian untuk para menteri- sedangkan baru dipotong 10% pun sudah boleh menjimatkan RM2billion. Hoi Shahril! Boss kau yang cakap macam itu di sini ,

Apbila PM Abdullah Badawi membuat penguman tersebut,tidak pula Shahril berani menyanggah!Malah tersangat akur dan tertib menerima arahan tersebut!

Menteri dan Timbalannya medapat gaji lumayan dan lain-lain kemudahan tak kanlah tak memadai lagi berbanding dengan kebanyakan rakyat yang bergaji kecil dan terpaksa bayar duit rumah , api air dan kereta .Apalah lagi yang tinggal untuk mereka makan?


http://alhusseyn51.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.