Kenapa Pak Lah nak tutup kes?

Hah .... ni lagi perkara pelik. Dalam suasana tegang Pak Lah vs Mahathir, tiba tiba Pak lah angkat tangan tak mahu cerita panjang .... Kita baca dulu !!!


Tiada s'jaya siasat Dr M-hakim
Ketika membuat pendedahan mengejutkan di mahkamah itu, Ian Chin juga mendedahkan bahawa beliau diancam oleh Dr Mahathir berhubung satu kes berprofil tinggi supaya membuat keputusan yang memihak kepada kenalan bekas perdana menteri itu.

"Tak payahlah. Tak habis-habis cerita itu," Abdullah dilaporkan berkata, mengulas kenyataan hakim itu.

Menurut satu lagi laporan agensi berita itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim juga tidak berhasrat mengadakan siasatan atau suruhanjaya berhubung tuduhan terbaru dan mengejutkan itu.

"Saya tidak terkejut (dengan dakwaan terbaru ini) kerana sudah wujud cerita sebegitu di masa lepas.

"Persoalannya sekarang ialah bagaimana kita mahu menangani keadaan itu. Ia merupakan satu lagi maklumat yang mengecewakan dan kita perlu teruskan dari sini. - Malaysiakini

Baru baru ni Pak Lah melawat Sarawak dan isu yang berkaitan dengan Hakim di dalam artikel Malaysiakini [diatas] bersangkutan dengan keputusan pilihanraya di Sarawak. Apa yang Taib Mahmud dah cerita pada Dollah? Aku dah mula ragu ragu dengan tindakan menelus-muluskan sistem kehakiman ciptaan Pak lah. Mungkin nak kenakan Mahathir, bimbang terkena Taib Mahmud kot? Politik BN dah macam kerbau kat sawah, sekor kerbau bawa lumpur, habis semua kerbau terpalit sama. Termasuk gembala gembala sekali.

Kena selidik ni. AKu tak rajin.....korang siasat la. Spekulasi ....spekulasi.....

http://no2umno.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.