Sukan Kelantan daif kerana penguasaan JPP
Semenjak Kerajaan Pusat mengambil alih pentadbiran Majlis Sukan Negeri Kelantan yang mana segala peruntukan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) , mereka berkeadaan amat daif dan miskin.
Seperti biasa, penyaluran keewangan melalui JPP bertujuan untuk menghabiskan wang rakyat (pembayar cukai) dan tidak bertujuan untuk mendatangkan hasil. Peruntukan biasanya tiba pada penghujung tahun semasa akaun hendak ditutup dan perbelanjaan tidak dapat diatur dengan sempurna dan dihabiskan kepada perkara tidak berfaedah.
Bagi SUKMA 2008, pemenang pingat emas dari Kelantan hanya dijanjikan RM1000 bersamaan dengan pemenang pingat gangsa bagi Negeri Kedah. Penyerahan bendera sukan di laksanakan oleh Pengarah JPP Kelantan dan bukannya Menteri Besar seperti negeri-negeri lain atau pun Sultan seperti dinegeri Pahang.
Atlit Kelantan menggunakan bas dengan plat nombor DQ bererti berumur 20 tahun yang mana kalau dilelong hanya peniaga besi burok yang hadir.
Bagi jenis sukan yang memerlukan peralatan yang mahal seperti menembak contohnya, mereka menggunakan senjata yang lusuh dan yang dibaik pulih dan mungkin merbahaya kepada pengguna. Terdapat pemegang raifel yang patah dan ditampal gam akan digunakan dalam SUKMA 2008 ini. Dalam setengah keadaan atlit terpaksa membeli sendiri peralatan tambahan untuk peningkatan sukan.
Jangan kita hanya pandai bersorak bagi menyokong kemenangan pasukan Kelantan sedangkan para atlit amat merasa rendah diri berbanding dengan pehak lawan yang menerima pelbagai kemudahan dan insentif.
Saya menyeru kepada pehak media dan ahli-ahli koporat yang berasal dari Kelantan supaya memberi bantuan kepada para atlit Kelantan yang berkeadaan amat daif dan memalukan dibawah pentadbiran Kerajaan Pusat.
Dalam Berita Harian 22 Mei 2008 bertajuk `Kerajaan Pas tidak memberi kerjasama memajukan sukan' iaitu kenyataan Pengarah JPP semasa penyerahan bendera, adalah tidak masuk akal jika kerajaan Pusat yang kaya minta bantuan dengan kerajaan negeri yang lebih miskin sedangkan Menteri Besar Kelantan tidak dijemput di majlis tersebut.
Kerajaan merancang menghabiskan ratusan juta ringgit bagi menubuhkan pusat latihan sukan di United Kingdom tetapi di peringkat bawahan tidak diambil berat.
Harapan kita agar para atlit Kelantan tetap bersemangat walaupun jumlah mereka kecil iaitu lebih ramai pegawai berbanding atlit yang menyetai SUKMA 2008

No comments
Post a Comment