Sungguh kurang sopan isteri PM berdepan Permaisuri Agong
Oleh Kamal Amir
AIB dan sungguh kurang sopan, isteri Perdana Menteri berkunjung ke istana negara tanpa menutup kepalanya. Menurut tatacara dan protokol istana setiap lelaki Melayu yang beragama Islam dikehendaki memakai songkok atau tengkolok apabila mengadap baginda Sultan. Begitu juga wanita beragama Islam dikehendaki memakai tudung kepala sebagai prasyarat protokol dan cara berpakaian apabila setiap hamba rakyat mengunjung raja-raja Melayu.
Malangnya semasa memperkenalkan isteri barunya kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pagi Rabu 13 Jun 2007 lalu, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi walaupun sopan mengenakan songkok di kepala tetapi Jaeane Danker @ Abdullah digambarkan oleh akhbar arus perdana tidak bertudung. Sungguh kurang sopan dan cukup biadap.
Inilah contoh dan tauladan yang mahu diterapkan oleh imam Islam Hadhari agar rakyat tidak lagi peduli persoalan protokol adat istadat Raja-raja Melayu. Aduhai cantik dan sopannya DYMM Raja Permaisuri Agong mengenakan tudung kepalanya, bertambah ayu di sebalik senyuman seorang permaisuri.
Walaupun Baginda Permaisuri berasal dari rakyat biasa tetapi baginda akur dan tahu adat sopan istana. Sebaliknya isteri seorang Perdana Menteri “ikut suka dia” masuk istana tanpa menghiraukan tindak-tanduknya boleh melukakan hati rakyat melihat perlakuannya memperlecehkan Raja- raja Melayu.
Mungkin ada yang merasa remeh dan kurang wajar persoalan berpakaian menjadi topik perbicaraan kali ini, namun seharusnya kita merenung secara lebih mendasar apakah begini caranya seorang ketua kerajaan menerapkan hidup berbudaya kepada isterinya yang bukan dari keturunan bangsa Melayu.
Jawatan Perdana Menteri bukan jawatan budak kedai kopi, bukan sekadar tokoh korporat, bukan juga jawatan main-main. Perdana Menteri adalah sandaran kehidupan seluruh rakyat yang cinta damai. Sakit pening Perdana Menteri rakyat turut dijengah resah. Tapi kalau beginilah caranya pimpinan yang mahu ditonjolkan oleh Abdullah Ahmad Badawi rasanya “cukup sampai di sini” kasih rakyat terhadapnya.
Kalau untuk menegur isteri barunya pun Abdullah Ahmad Badawi masih canggung dan takut-takut bagaimana mahu berhadapan dengan pencak dan percaturan politik global? Bagaimana boleh terjadi cucu seorang ulamak sanggup mempersenda adat budaya istana dan menikus kepada isterinya? Semua orang tahu, Baginda Agung juga sedar, Jeanne Danker berketurunan serani, latar belakang keluarganya bukan keluarga Melayu.
Namun setelah menjadi isteri keluarga Islam Melayu seharusnya Jaeane Danker bersedia melepaskan pandangan pesimis atau merasakan Raja-raja Melayu hanya untuk orang Melayu. Bagaimana dapat diyakinkan rakyat peradaban bangsa tidak dipercacai oleh keluarga Abdullah Ahmad Badawi jika soal seremeh inipun gagal dipelihara olehnya.
Tergamak sungguh Abdullah Ahmad Badawi membenarkan isteri barunya bersikap “biadap” terhadap budaya bangsa yang memestikan setiap wanita Melayu Islam apabila mengadap Raja memakai tudung di kepala. Alahai kerdilnya jiwa Abdullah untuk membimbing isterinya faham dan menghormati peradaban Melayu.
Pepatah Melayu masih kental mempertahankan “biar mati anak asal jangan mati adat”, namun yang jelas Abdullah Ahmad Badawi seolah-olah mahu berkompromi pula dengan isterinya dalam soal adat budaya Melayu.
Para pegawai di Intan sudah terlupakah untuk membuat “briefing” kepada Jaeanne Danker berhubung tatacara orang Melayu menyembah Raja? Atau Abdullah Ahmad Badawi terlupa pandang persoalan sebegini sehingga boleh terjadi perlakuan sumbang mambang sebegitu rupa. Atau mungkin baginya ini sekadar persoalan remeh.
Dulu semasa Allahyarham Datin Seri Endon masih hidup berkali-kali rakyat membangkitkan soal isteri Perdana Menteri tidak memakai tudung, namun semua itu gagal diperbetulkan olehnya. Kini bersama isteri baru pun tidak banyak bezanya, ternyata Perdana Menteri kita bukan takut bini tapi sebenar-benarnya “isteri dia tidak takut pada suaminya”.
Selepas upacara memperkenalkan isteri baru kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, pada sebelah malamnya diadakan pula jamuan di Seri Perdana sebagai majlis kesyukuran atas pernikahan resmi Abdullah Ahmad Badawi dengan Jaeanne Danker @ Abdullah bersama kalangan Sidang Wazir jemaah menteri dan Menteri Menteri Besar.
Dengar khabarnya ramailah sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi mencium tangan Jaeanne Danker @ Abdullah hingga berdecup-decup. Teriring pula derai tawa puji-pujian kalangan “super pembodek” kononnya “this is the perfect lady for Abdullah Ahmad Badawi”.Geli geleman juga mendengar puji-pujian sebegitu. Tetapi ada pula yang berbisik “kerim pelembab” jenis apakah yang digunakan olehnya untuk menambat hati. Ada pula bertanya untuk depan atau belakang? Alahai cukup sedih lagi menyedihkan bila mendengar kisah hikayat seribu satu malam di Perdana Sari.
Selesai jamu berjamu “melantak” harta rakyat, majlis disambung dengan pesta nyanyi-nyanyian. Abdullah Ahmad Badawi sendiri menyumbangkan dua buah lagu. Sebelum mengalunkan suaranya Perdana Menteri menyatakan bahawa kini dirinya sudah menjadi orang baru. “I am new branded now!”. Disambut tepukan kalangan para pembodek sidang wazirnya.
Isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor juga tidak terkecuali turut mendendangkan suara lemak gumalainya menghiburkan kedua mempelai “sesason” dengan lagu-lagu cukup turrrr… dan mengasyikkan. Dengar khabarnya ramai juga kalangan sidang wazir tumpang semangkuk memperlihatkan kehebatan mereka mengalahkan artis jemputan.Majlis berlangsung hingga lewat 12 tengah malam.
Acara kemuncaknya diadakan pula pesta “joget lambak” dengan kumpulan muzik malam itu mendendangkan lagu batak berjudul “poco-poco” mengundang semangat kalangan yang hadir untuk bergedik dan tergedik-gedik. Hebat, sungguh hebat acara memperkenal isteri baru di Perdana Sari. Ada pula kalangan Menteri Besar berbisik-bisik untuk menghadiahkan gelaran Datuk kepada Jaeanne Danker @ Abdullah, sama-samalah kita tunggu siapakah pembodek maha hebat pertama bakal memahkotakan isteri baru Abdullah Ahmad Badawi dengan gelaran tersebut, mungkinkah kerajaan negeri Melaka, Pahang atau Johor……
Begitulah hebatnya acara memperolehi isteri baru Abdullah Ahmad Badawi. Setelah mempersendakan perasaan masyarakat wanita dengan berganding tangan menziarah kubur Datin Seri Endon sebaik sahaja selesai majlis akad nikah yang menjadikan anak serta menantu sebagai saksi nikah di adakan pula pesta joget lambak dalam irama lagu batak.
Dan sebagai buah tangan perkahwinannya syarikat Hong Leong diberitakan telah menawarkan tanahnya di Sepang untuk dijadikan kampus baru Universiti Malaya sementara seluruh keluasan tanah sejumlah 325 hektar yang sedia ada di Petaling Jaya dan Bangsar bakal menjadi milik Hong Leong secara percuma untuk dibangunkan sebagai Bandar baru dengan nilai pelaburan mencecah 10 bilion ringgit.
Inilah hebatnya legasi wawasan Abdullah Ahmad Badawi. Kita tidak akan terkejut jika syarikat yang dikongsi bersama dengan Temasik itu bakal memperolehi projek tersebut kerana baginya semua itu adalah mungkin. Persoalan Nilai estitika khazanah sejarah bangsa Universiti Malaya sebagai sebuah universiti tertua di negara ini bukan agenda yang perlu dipertahankan olehnya. Asalkan boleh mendatangkan keuntungan material adalah halal baginya.
Tidak cukup “mengkangkangkan” Selatan Johor untuk di perkosa oleh Singapura kini ia menjalar ke tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur memperkosa tanah pusaka bangsa pusat gedung ilmu menara gading. Malahan ada teman menyatakan “agaknya kalaulah Lee Kuan Yew mahu merobohkan Masjid Negara untuk dijadikan pusat perjudian pun rasanya Abdullah pasti bersedia merelakannya.”
Kalau benarlah projek memindahkan kampus Universiti Malaya ke Sepang seperti yang dilaporkan oleh Datuk Ruhaine Ahmad melalui blog Mayaputranya, sudah sampai masanya rakyat bangun “mengerjakan” Abdullah Ahmad Badawi. Apa lagi yang dapat diharapkan dari seorang Perdana Menteri yang semakin rakus menghimpun dendam rakyat? Perlu apa ada lagi rasa hormat terhadap mereka yang bersikap bagai cacing naik ke mata?
“Cukup sampai di sini” penghormatan rakyat terhadap insan bernama Abdullah Ahmad Badawi. Terima kasih kerana sempat mendaftar diri sebagai Perdana Menteri serba nyanyuk, serba celaru bersama menantunya “Perwira Mat Lela Gila”. Sedarlah duhai Abdullah Ahmad Badawi, hari-hari terakhir mu menjadi penghuni di Seri Perdana kian gerhana, rakyat tidak lagi mampu berdendang irama “Poco-poco” kerana ledakkan besar di sebalik nama “POPO” bakal segera dijelmakan dalam “doctrine of certainty” .
Rakyat menanti penuh pengharapan gegaran “popo” bersama doktrin kepastian demi membawa perubahan serta pembaharuan dalam menjadikan kedaulatan bangsa di bumi merdeka tetap terjamin. Selamat tinggal Abdullah Ahmad Badawi.

No comments
Post a Comment