20 SAR kini Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
|
KOTA BHARU 12 Ogos - Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kelantan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai hari ini dapat mencetuskan semangat kesepakatan antara kerajaan negeri dan Pusat demi kepentingan ummah.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkannya suatu lakaran sejarah yang amat bermakna bagi meningkatkan persefahaman terutama bagi masa depan SAR dan warganya di samping mengangkat martabat SAR.
''Majlis ini perlu dilihat sebagai pencetus kepada semangat untuk kita bergerak seia dan sekata, senada dan seirama, sebagai satu ummah yang bersatu sehingga berjaya mengangkat imej sekolah agama setanding dengan sekolah terbaik di dalam negara dan di luar negara," ujarnya.
Beliau berucap pada majlis menandatangani MoU Pendaftaran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)) antara Kerajaan Persekutuan dengan Yayasan Islam Kelantan di Kompleks Balai Islam Lundang, di sini.
Melalui MoU itu, buat permulaan sebanyak 20 buah SAR di negeri ini didaftarkan sebagai SABK dan akan disusuli dengan sejumlah sekolah lagi sekiranya pelaksanaannya berjalan lancar.
Hishammuddin menambah Kementerian Pelajaran memperuntukkan hampir RM400 juta kepada 134 SAR dan Sekolah Agama Negeri (SAN) di seluruh negara di bawah program pendaftaran sebagai SABK sejak diperkenalkan pada 2005.
Katanya, program itu adalah kemuncak kepada usaha mengangkat imej sekolah agama dan kualiti pendidikannya setanding dengan sekolah lain di peringkat negara dan global.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gembira apabila 20 buah SAR di negeri ini didaftarkan sebagai SABK di bawah Kementerian Pelajaran.
Beliau berkata, pendaftaran sekolah terbabit juga secara tidak langsung membetul kan semula proses demokrasi yang disifat kannya telah dipesongkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Kejayaan kita menandatangani penye rahan sebahagian daripada sekolah keraja an negeri terlalu besar ertinya dan amat menggembirakan hati saya,'' katanya.utusan
satu kejayaan dari tok guru....kami berbangga dengan tok guru....islam jalan penyelesaian..takbir!!!!!
No comments
Post a Comment