Mahasiswa/i UITM ‘Berdemonstrasi’….AUKU mcm mana??
Lebih kurang 5000 mahasiswa/i UITM ”berdemonstrasi” di hadapan pintu masuk utama bangunan pentadbiran kerajaan negeri, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS).. Mereka sedang “berlawan” dengan Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim apabila timbulnya isu “Pembukaan Kepada Bukan Bumiputera ke UITM” yang hangat diperkatakan sekarang..!!!
Persoalannya mudah, jika hari ini, ramai mahasiswa/i Universiti Malaya mengadakan demonstrasi di mana-mana apabila mereka nampak berlakunya “kebocoran”‘ di dalam Pemerintahan Pusat Kerajaan Malaysia, tetapi amat malang kerana mereka semua ini akan dikenakan AUKU kerana alasannya mudah..kerana himpunan tidak ada permit!! dan Mahasiswa tidak boleh mengadakan DEMONSTRASI jalanan..
Jadi, apa yang berlaku kepada mahasiswa/i UiTM sekarang ini?? Adakah mereka mengadakan “demonstrasi” atau mereka tengah berjamu selera dengan keseronokan di hadapan pusat pemerintahan kerajaan negeri Selangor??? Di harap, janganlah berat sebelah dalam hal peraturan AUKU.. Bagi mereka yang pro-kerajaan tidak mengapa..adakanlah demonstrasi banyak mana pun..AUKU selamatkan mereka..
Tapi bagi yang pro-pembangkang..jika adakan demonstrasi hatta di dalam Universiti sekalipun, AUKU akan menjahanamkan mereka…!!! Di mana keadilan bagi mahasiswa/i??? Cukuplah mengekang perjalanan hidup mahasiswa/i dengan peraturan yang tidak tepat dan berat sebelah…Jika mahukan Mahasiswa/i tidak menjalankan aktiviti demonstrasi..Jadi pihak bertanggungjawab, sila panggil 5000 mahasiswa/i yang mengadakan demonstrasi pada pagi tadi kerana mereka telah melakukan salah satu kesalahan di bawah akta AUKU kerana menyertai dan mengadakan perhimpunan haram di dalam atau di luar kampus…!!!!
http://ridzuan1706.wordpress.com/
No comments
Post a Comment