mari rilekskan fikiran

bosan dengan masalah politik sekarang....jom kita tenangkan kepala kita....tengok apa yang melucukan..sambil kita sama-sama fikirkan secara positif

Iklan di bawah sebenarnya adalah untuk suspensi kereta berjenama Pioneer. Apa yang ingin dinyatakan ialah apabila anda menggunakan suspensi berjenama berkenaan anda seolah-olah tidak akan berasa apa-apa apabila melanggar lubang besar sekali pun dan tetap selesa sewaktu memandu.





Namun iklan seperti ini ada mempunyai keburukannya. Pengguna yang baru pertama kali sudah tentu ada yang akan memberek mengejut atau memulas stereng kereta bagi mengelak lubang berkenaan. Sudah tentu akan mengundang bahaya yang boleh melibatkan nyawa. Apapun yang pasti iklan ini berjaya menyampaikan mesej yang dikehendaki.

Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!), parahnya, harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak heran jika peniaga2 di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!

Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia....!!!

kisah di negara miskin

Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan. :-(

Inilah kos biaya mimimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia.


Ya, wang pecahan 500 juta dollar Zimbabwe yang baru saja dicetak pada Mei 2008 ini hanya bernilai sekitar 2 dollar amerika atau hanya cukup untuk sekali makan saja.


Harga satu barangan dalam plastik tersebut ialah 15 juta

Sayuran... satu ikat 5 juta

Telur... 6 billion?

Wang yang anda perlu bawa untuk sekali makan di Zimbabwe

Harga yang perlu dibayar untuk sebotol beer

Mungkin ini jumlah wang anda untuk sekali terima gaji... lumayan!

Peminta sedekah paling kaya di dunia

Mungkin ini jumlah wang yang perlu dibawa untuk belanja di sekolah

Jumlah wang yang perlu ditukar untuk dapatkan sekeping Dollar Amerika

Pembuat dompet boleh tutup kilang di negara ini sebab tak ada orang yang sudi membeli..

No comments

Powered by Blogger.