Halal, haram bidang politik perlu diutamakan - Nik Aziz

KOTA BHARU, 31 Julai (Hrkh) � Umat Islam hanya mengambil kisah soal halal dan haram berkaitan makanan sahaja, sedangkan aspek pemerintahan negara mereka tidak dihiraukan.
Iklan




� Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ada umat Islam yang mengasingkan amalan agama daripada politik.

"Inilah perkara yang lebih penting berbanding mengawal soal halal atau haram dalam aspek makanan sahaja.

"Ini kerana sesetengah anggota masyarakat hari ini mudah termakan dengan ajaran politik lain, agama lain," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Oleh itu kata beliau kerajaan negeri berusaha bersungguh-sungguh memberi kefahaman kepada rakyat supaya memahami soal halal dan haram dalam kehidupan harian.

Beliau juga berkata, produk halal keluaran Kelantan mempunyai peluang dipasarkan ke peringkat global.

Beliau juga berharap akan lahir pedagang bertaraf Siti Khadijah dan Imam Abu Hanifah di kalangan rakyat Kelantan suatu masa nanti.

"Mengambil kira dengan gelaran sebagai Serambi Mekah, memudahkan orang ramai yakin dengan produk halal dikeluarkan di Kelantan," katanya. - m

No comments

Powered by Blogger.