Tawar PAS MB Perak: Tajol Rosli Masih Bermimpi

DPPK IT menganggap Tajol Rosli yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri masih bermimpi untuk menafikan bahawa Barisan Nasional (BN) di Perak yang dipimpinnya telah gagal menjadi kerajaan baru-baru ini. Tajol Rosli ibarat kepunan masih tidak dapat melupakan mimpi negri yang dialaminya semasa PRU 12 di atas kekalahan BN.
DPPK IT memberikan nasihat kepada Tajol Rosli dan ADUN BN jika benar-benar ikhlas untuk memajukan orang Melayu dan Islam mesti menjadi pembangkang untuk sama-sama membina rakyat dan bukannya bersifat membantah sahaja.
DPPK IT dengan ini mendesak supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) memulakan siasatan terhadap tawaran rasuah politik yang telah dinyatakan oleh Tajol Rosli semalam dengan segera.
SALMAN SALEH
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.
No comments
Post a Comment