khairy dah berbunyi.....


Wan Azizah Wan Ismail pada sidang akhbar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Anwar Ibrahim.


KUALA LUMPUR 31 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana ia adalah kawasan selamat selain takut kalah di tempat lain.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, rasa tidak yakin Anwar itu disebabkan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir-akhir ini.

''Akhirnya Anwar memilih kawasan selamat untuk bertanding di kerusi Parlimen walaupun pada awalnya beliau pernah berkata tidak akan minta Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail memberi laluan kepadanya.

''Selepas itu Anwar buat kenyataan kemungkinan besar bertanding di Bandar Tun Razak dan kemudiannya di Kulim,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

"Kalau betul Anwar diterima di seluruh negara, kenapa tidak menunaikan janji kepada rakyat Kulim untuk bertanding di sana?

"Ini mesti kerana Anwar tidak yakin dengan penerimaan rakyat terhadapnya terutama sekali dengan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir-akhir ini," katanya.

Anwar hari ini mengumumkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isterinya, Wan Azizah berkuat kuasa serta-merta.

Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum 1999 iaitu selepas setahun Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Jelas Khairy, Anwar patut membuktikan dakwaannya bahawa beliau diterima di seluruh negara dengan bertanding di Kulim.

''Anwar kini tidak yakin dengan penerimaan rakyat terutama sekali dengan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir- akhir ini,'' katanya.

No comments

Powered by Blogger.