Hampir 60 peratus tidak yakin sumpah laknat Saiful
PERMATANG PAUH: Hampir dua pertiga masyarakat Melayu negara ini tidak mempercayai sumpah laknat yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sehari sebelum hari penamaan calon.
Kajian pendapat umum yang dijalankan oleh badan penganalisis pilihan raya tempatan Merdeka Center menunjukkan seramai 56 responden yang ditemui mengatakan mereka tidak percaya langsung dan agak tidak percaya dengan sumpah Saiful bahawa dia telah diliwat oleh Anwar.
Kajian itu dijalankan dari 22 hingga 24 Ogos sempena pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Esok merupakan hari pengundian pilihan raya kecil ini. Kempen berakhir tengah malam ini.
Kajian ini hanya melibatkan 544 responden daripada kalangan masyarakat Melayu.
Anwar yang telah dituduh di mahkamah awal bulan ini yang beliau telah meliwat Saiful berhadapan dengan saingan tiga penjuru di Permatang Pauh.
Seramai 32.4 peratus responden berpendapat sumpah Saiful bermotifkan politik manakala 31.4 peratus melihat Saiful melakukan sumpah itu dengan ikhlas manakala seramai 24.3 peratus lagi percaya ia dilakukan oleh seseorang.
Mengenai personaliti Anwar pula, hampir 49.1 peratus responden menganggap beliau sebagai pemimpin yang akan membawa perubahan dan 35.2 peratus melihatnya sebagai pemimpin yang berani.
Hanya 18.6 peratus melihat Anwar sebagai pemimpin yang akan menghakis hak-hak orang Melayu dan 2.6 peratus sahaja menganggapnya sebagai pemimpin melakukan jenayah seks.
Berhubung soalan sejauh mana Anwar akan menjual hak-hak orang Melayu sebaik menjadi pemimpin negara ini, hampir 38 peratus bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Bagaimanapun lebih 56 peratus responden bersetuju Anwar berupaya untuk membawa perubahan tanpa mengira kaum.
No comments
Post a Comment