ISLAM BUKAN AGAMA MAINAN.....

Mahkamah benar kontraktor keluar Islam


KUANTAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan seorang mualaf untuk mengisytiharkan bahawa dia bukan lagi seorang Islam kerana tidak mengamalkan ajaran itu sejak memeluk agama itu, 14 tahun lalu.

Hakim Datuk A Rahman Yunus ketika membacakan keputusan mahkamah itu berkata bahawa selepas mendengar keterangan empat saksi dalam perbicaraan yang dijalankan sebelum ini, mahkamah mendapati Jeffrey Or Abdullah, atau Or Boon Hua, 36, jelas keluar daripada Islam.

“Mengikut keterangan saksi, pemohon (Jeffrey) tidak mengamalkan ajaran Islam sejak mula lagi dan mahkamah memutuskan bahawa pemohon bukan lagi seorang Islam,” katanya ketika membacakan keputusan penghakimannya.


A Rahman berkata mengikut keterangan saksi, Jeffrey turut melakukan ibadat di tokong, memasang colok di rumah serta makan makanan yang haram di sisi Islam.

“Jeffrey juga pernah menyatakan kepada saksi bahawa dia tidak pernah percaya dengan agama Islam dan kekal mengamalkan cara hidup seperti sebelum memeluk Islam,” katanya.

Hakim turut memerintahkan supaya Majlis Agama Islam Pahang membatalkan sijil pendaftaran memeluk Islam Jeffrey.

A Rahman berkata Jeffrey hendaklah menukarkan status agama di kad pengenalannya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mahkamah itu tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

Menurut pernyataan tuntutannya, Jeffrey berkata dia memeluk Islam sekadar mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang wanita Islam tempatan.

Jeffrey yang juga seorang kontraktor memeluk Islam pada 20 Januari 1994 dan berkahwin dengan pasangannya itu pada 16 November 1996 tetapi selepas bercerai pada 27 November 2001, dia membuat permohonan untuk keluar daripada agama Islam di Jabatan Agama Islam Pahang.

Hakim A Rahman, yang kesal dengan tindakan Jeffrey mahu keluar dari Islam, mengingatkan badan dakwah supaya mengambil inisiatif segera agar saudara baru diberi bimbingan dan tidak dibiarkan terkapai-kapai selepas memeluk Islam.

“Walaupun saya sedih dengan keputusan beliau tetapi saya berharap pada masa depan beliau menimbang semula untuk memeluk Islam,” katanya.

Mahkamah memberi tempoh 14 hari kepada pemohon untuk melakukan pendaftaran keluar Islam selain memberi peluang kepada badan Islam mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan itu.

— Bernama

APABILA ISLAM TIDAK DI JAGA OLEH ORANG ISLAM SENDIRI...MACAM NI LA JADINYA....TERIMA KASIH PAK LAH, NAJIB...... CUBA JAGA ISLAM LA BAIK-BAIK........JANGAN JADI BODOH!!!


No comments

Powered by Blogger.