“Kami bukan berzina..bercumbu sahaja”
Segelintir artis kita `maju' setapak lagi ke hadapan dengan perilaku yang semakin melampau akhir-akhir ini…! Yang terbaru seorang pelakon tanpa segan silu menjawab seperti tertera di atas apabila ditanya berkenaan dengan adegan bercumbuannya yang dipaparkan media!Bercumbu tidak salah? Apatah lagi ditatap umum?Pada penanda aras manakah yang digunapakainya untuk menilai tingkah-lakunya sebagai seorang melayu dan Islam?
Beginikah perilaku orang timur yang telah dididik dengan akhlak dan moral ketimuran sejak dari kecil?
Bukan beliau sahaja yang terlbat dengan kontroversi akhir-akhir ini malah ada lagi remaja termasuk artis yang melampau dalam pergaulan bebas yang ‘dihalalkan’.Masyarakat seakan dipaksa untuk menerima budaya baru ini sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan.
Sedikit masa dulu kita digemparkan dengan lakonan video lucah artis terkenal,kisah gambar bogel,adegan cium-cium dan pakaian yang terlampau menjolok mata.Mereka inilah yang menjadi idola dan `trendsetter’ bagi muda-mudi sekarang.Adakah perangai yang buruk sebegini boleh menjadi contoh teladan untuk melahirkan modal insan yang baik?
Inilah salah-satu kebejatan sosial yang sedang cuba dibaiki oleh Pas dan rakan-rakan PR.Jika tidak ada pihak yang mengambil inisiatif untuk membendung perkara ini barangkali budaya hedonisme ini akan menjadi lumrah dan kebiasaan dalam masyarakat timur kita.
Beranikah kita melepaskan anak-anak kita ke tengah masyarakat yang menuju kerosakan dalam nilai-nilai moral dan akhlak?Sejauh manakah kita boleh percaya yang mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan suasana yang tidak sihat ini?
Agamalah jalan penyelesaian yang paling baik.Jika agama sekadar dijadikan tempelan dan jauh dari penghayatan sebenar barangkali sedikit masa lagi muda-mudi kita teruk daripada belia di eropah dan barat.Dan apabila penyakit sosial ini sudah membarah dalam masyarakat sudah terlambat untuk kita menoleh ke belakang dan mengambil pengajaran.
`Pemuda tiang negara,Pemudi harapan bangsa?

No comments
Post a Comment