Istana Perak larang Hadi,Nik Aziz beri Khutbah Jumaat

Bernama.

KUALA LUMPUR: Usaha Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri di Ipoh) dan Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, esok tidak diberi perkenan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

Perkara itu disampaikan kepada Abdul Hadi ketika Presiden PAS itu menghadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, titah itu adalah selaras dengan pendirian bahawa masjid dan surau di Perak haruslah bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian.

Kata beliau, hanya imam yang mendapat tauliah daripada Sultan Perak yang boleh menyampaikan khutbah di masjid-masjid di Perak.

Laporan Bernama semalam menyebut, Raja Nazrin Shah telah memberi perkenan kepada Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi untuk menyampaikan khutbah pada solat Jumaat di dua buah masjid di Perak.

No comments

Powered by Blogger.