Kerajaan akan kekalkan undi pos dalam pilihan raya....cakap je lebih

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Pengundian pos masih relevan dan terus diguna pakai dalam pilihan raya akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, mereka yang bertugas di luar negara, petugas pilihan raya, anggota tentera, Pasukan Gerakan Am (PGA), polis dan pasangan serta pelajar dan pasangan yang sedang menuntut sepenuh masa di luar negara dibenarkan membuat pengundian pos.

Sekiranya dihapuskan, ia boleh memudaratkan sistem keselamatan dan ketenteraman awam yang merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan negara dan menghalang hak asasi kakitangan serta pelajar di luar negara, katanya.

“Saya tak rasa ia boleh dimansuhkan tetapi mungkin kaedahnya boleh dimantapkan lagi tetapi untuk dihapuskan tidak boleh kerana ini merupakan hak asasi setiap orang (rakyat) untuk mengundi pada pilihan raya,” katanya ketika menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya) mengenai keperluan pemansuhan undi pos dalam pilihan raya akan datang. - Bernama

ye la...kan bn dok cari makan dengan undi pos....kalau tiada undi pos...dah lama pak lah kalah....tak caya?cuba lah kalau berani..

No comments

Powered by Blogger.