KEUTUHAN+KERJASAMA+MUAFAKAT=HANCUR BN

KERABU.....TERUS MARA...KITA HANCURKAN BN, JATUHKAN PAK LAH......ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

gambar daripada SuaraKeadilan.com dan Susan Loone

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sepanjang proses penamaan calon pagi tadi.

Saya terharu tatkala mengenang kembali saat dipilih mewakili rakyat Permatang Pauh hampir 26 tahun yang lalu. Kini selepas empat tahun bebas daripada penjara, diri kerdil ini terasa umpama sireh pulang ke gagang.

Jutaan terima kasih buat Azizah dan keluarga, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, saudara Lim Kit Siang, saudara Mohamad Sabu, saudara Karpal Singh, saudara Husam Musa, saudara Lim Guan Eng, Dr. Lo’Lo, serta teman pimpinan Pakatan lainnya.

Komitmen Dr. Syed Husin, Azmin, Sivarasa, William Leong, serta pimpinan KeADILan seluruh negara yang berkumpul di Permatang Pauh sangat menyuntik semangat. Demikian juga buat puluhan ribu penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat yang hadir menyatakan sokongan pagi ini.

Jentera kempen sudah dipersiap dan perlu kekal mantap selepas ini. Masanya telah tiba untuk kita semua berjuang demi masa depan Malaysia yang lebih gagah perkasa.

Gelanggang telah dibuka. Ayuh, kita gerakkan rakyat demi nusa!

ANWAR IBRAHIM

No comments

Powered by Blogger.