PDRM dapat 21 helikopter baru

LABUAN: Kabinet meluluskan permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memperoleh 21 helikopter baru pelbagai jenis bagi menampung keupayaan tugas PDRM.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata bagaimanapun kerajaan belum memutuskan lagi tarikh pembelian aset berkenaan.

Buat masa ini PDRM sudah memiliki 12 helikopter, katanya ketika ditemui selepas melawat Stesen Lima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Terumbu Layang-layang dekat sini hari ini.

Musa menghadiri Ops Pasir iaitu eksesais bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Sabah.


Beliau berkata pemilikan aset itu bukan saja untuk menjalankan rondaan tetapi untuk membantu tugas pencegahan jenayah.metro

selamat menjalankan tigas PDRM

No comments

Powered by Blogger.