Pelajar USM jangan terbabit kempen pilihan raya

PULAU PINANG: Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak memberi amaran kepada pelajar universiti itu supaya tidak membabitkan diri dengan aktiviti politik terutama dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, tidak lama lagi.

Beliau berkata nasihat itu selaras dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang antara lain menetapkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dilarang membabitkan diri dalam politik kerana dikhuatiri mengganggu pelajaran mereka.

“Akta ini tidak membenarkan pelajar IPT terbabit dengan politik melainkan mendapat kebenaran daripada Naib Canselor sendiri.

“Oleh itu, selagi akta ini wujud setiap pelajar harus mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau ditanya kemungkinan pelajar USM terbabit dalam kempen pilihan raya kecil itu pada 26 Ogos ini. - Bernama

larang la macam mana pun....depa pandai punya..

No comments

Powered by Blogger.