Penamaan calon Permatang Pauh
Malaysiakini akan melaporkan secara langsung proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh mulai jam 7.30 pagi ini.
9.56 pagi: Di luar pula keadaan riuh rendah dengan penyokong kedua pihak 'perang mulut'. Penyokong BN melaung 'liwat tetap liwat' sambil menepuk benteng penghalang. Penyokong Pakatan pula membalas dengan laungan 'Altantuya' dan turut menepuk benteng penghalang. Juga kedengaran laungan 'Samy Vellu undur undur'. Ini dibalas oleh penyokong BN dengan melaungkan 'Kasihan Saiful' beberapa kali. Kemudian kedengaran laungan Selawat dari penyokong Pakatan dan disambut oleh jeritan penyokong BN 'Hidup BN'.
9.55 pagi. Hanafi Mamat selesai menyerahkan borang penamaan calonnya.
9.45 pagi: Hanafi Hamat sedang dalam proses menyerahkan borang penamaan calon.
9.40 pagi: Dr Mansor Othman selesai menyerahkan borang penamaan calon.
9.30 pagi: Seorang lagi calon bebas, Hanafi Hamat masuk ke dewan untuk menyerahkan borang penamaan calon. Beliau adalah dari Angkatan Keadilan Islam Malaysia.
9.20 pagi: Calon bebas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sedang menyerahkan borang penamaan calon.
9.19 pagi: Seorang calon bebas, Hanafi Hamat kelihatan di luar dewan dan dijangka menyerahkan borang percalonan. Beliau adalah dari Angkatan Keadilan Islam Malaysia.
9.18 pagi: Anwar selesai menyerahkan borang penamaan calon. Manakala di luar penyokong PKR kedengaran meluangkan 'Saiful penipu'. 'Tangkap boleh boleh'. Turut kedengaran laungan 'Najib' dan disambut dengan jeritan 'Altantuya'.
Penyokong PKR juga membawa kain rentang yang berbunyi 'Bersatu kita bersatu, menjulang pemimpin Melayu, Umno terus maju, menipu umat Melayu'. Di sebelah BN pula terdapat kain rentang 'Pastikan kemenangan Barisan Nasional di Permatang Pauh', 'Hidup Umno!!! hidup BN!!!
9.15 pagi: Anwar dalam proses menyerahkan borang penamaan calon.
9.12 pagi: Arif Shah selesai menyerah borang penamaan calon.
9.08 pagi: Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan masuk ke dewan untuk menyerahkan borang penamaan calon.
9.03 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah sedang menyerahkan borang penamaan calon. Tempoh penamaan calon ialah dari jam 9 pagi hingga 10 pagi, diikuti oleh satu jam tempoh bantahan. Jika semuanya berjalan lancar, pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan nama calon-calon yang layak bertanding selepas jam 12 tengahari.
8.50 pagi: Penyokong sampai di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun. sedang bersorak antara satu sama lain. Di sebelah BN, kedengaran laungan 'liwat tetap liwat'. Manakala di pihak Pakatan, penyokongnya melaung reformasi.Penyokong kedua belah pihak dipisahkan oleh benteng pada jarak 30 meter. Anggaran penyokong BN bertambah manakala penyokong Pakatan kelihatan lebih ramai, sehingga melimpah hingga ke tepi jalan.
8.30 pagi: Penyokong BN yang dianggarkan kira-kira 3,000 mula berarak ke pusat penamaan calon sambil menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita'.
Turut kelihatan ialah pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; ketua bahagian, Datuk Jalil Abdul Majid dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat; Ketua Wanita MCA, Datuk Ng Yen Yen dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai.
8.25 pagi: Penyokong pakatan mencecah 10,000.
8.15 pagi: Lim Guan Eng and pemimpin DAP tiba. Terdapat persembahan kebudayaan di pihak PKR, termasuk tarian singa dan tarian India, orami melum, sebagai menyambut ketibaan para penyokong Pakatan..
8.12 pagi: 60 anggota FRU berkawal di pintu masuk dan di bahagian dalam pagar pusat penamaan calon.
7.55 pagi: Manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba kira-kira empat minit kemudiannya.
7.51 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah tiba untuk menyertai kira-kira 3,000 penyokong BN yang berkumpul sejak awal pagi di Sekolah Kebangsaan Mengkuang, yang terletak kira-kira 600 meter dari tempat penamaan calon.
7.45 pagi: Penyokong BN dan Pakatan yang dianggarkan seramai 5,000 orang. Jelas penyokong Pakatan lebih ramai daripada penyokong BN. Penyokong PKR membawa plakad bertulis 'Harapan Baru untuk Malaysia'.
7.37 pagi: sebuah helikopter polis kelihatan berlegar di udara. Terdapat sekatan jalanraya dan kesesakan lalulintas. Penyokong BN dan Pakatan Rakyat berkumpul ditempat yang ditetapkan sambil membawa kain rentang dan bendera parti masing-masing.
7.25 pagi: Orang ramai mula tiba di pusat penamaan calon di Institut Penguruan Tuanku Bainun. Ramai anggota pois ditugaskan berkawal di situ.
No comments
Post a Comment