Dr Haron Din : Sumpah Saiful tidak Syar’ie
“Sumpah yang dilakukan oleh Saiful itu tidak syar’ie kerana tidak menggunakan lafaz Wallahi, Wata’Alahi , Wabillahi…..,” jelas Dr Haron Din sewaktu mengulas perilaku Saiful yang dilaporkan membuat sumpah petang kelmarin berhubung dengan dakwaannya di liwat oleh mantan PM , Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Lafaz sumpah yang sepatutnya ialah, mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu yang antaranya ialah dilakukan dihadapan seorang Hakim Mahkamah Syari’e,” jelas Dr Haron Din lagi.
Demikian yang dinyatakan oleh Dr Haron Din malam tadi sewaktu Majlis Nostalgia Forum Perdana di ruang luar ‘Zon B’ .
Nostalgia Forum Perdana dengan penampilan tiga orang tokoh sebagai para penalisnya telah Berjaya menarik hampir 4 ribu para pengunjung memenuhi ruang luar Stadium Indera Mulia malam tadi.
Para panelis yang terdiri daripada Dato’ Dr Haron Din, Dato’ Tuan Man Tuan Ibrahim dan Ust Izzamudin Taib merupakan antara tokoh-tokoh yang bukan asing lagi kepada mereka yang pernah mengikuti Forum Perdana di siaran TV suatu ketika dahulu , sebelum kemunculan mereka di ‘haramkan’ oleh pihak kerajaan kerana mereka dianggap menyentuh isu-isu yang begitu kritikal dan dianggap terlalu sensetif oleh pihak kerajaan.
Ustaz Misbahul Munir Masduki telah menjadi Moderator Forum tersebut dengan begitu baik sekali.

1 comment
minta maaf. tapi kami dengar yang saiful ada lafaz Wallahi, Wata’Alahi , Wabillahi…. saya ulang tayang banyak kali dan memang sah dia menggunakan lafaz tersebut. malah kali pertama dia tersasul, dan di perbetulkan lafaz tu oleh imam masjid, dan saiful mengulangi semula dengan cara yang betul. harap dr harun din maklum.
Post a Comment