SAJA NAK BUAT KECOH PASAL UiTM

oleh Pinochet Robert

Betul kata Prof. Koo Kay Kim. Sebelum 8 Mac 2008 tak kecoh pun pasal 10 peratus kemasukan kuota bukan Melayu ke pusat pengajian tinggi khasnya di bawah kelolaan MARA. Sebaliknya isu ini sengaja digembar-gemburkan apabila telah wujudnya Pakatan Rakyat yang menjadi saingan kepada UMNO/BN yang sudahpun memerintah 5 Kerajaan Negeri dan cadangan itu pula keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat.

Padahal isu menetapkan kuota 10 peratus untuk pelajar bukan bumiputera ke Pusat Pengajian Tinggi sudahpun diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2002 yang pada ketika itu PM nya ialah Dr. Mahathir Mohamad. Pada ketika itu tak ada sebarang bantahan daripada pimpinan UMNO sebaliknya seorang demi seorang menyokong keputusan tersebut dengan pelbagai alasan.

Bukankah MRSM itu merupakan maktab yang akan membekalkan pelajar untuk ke UiTM. Kalaulah kuota 10 peratus sudah diperuntukkan di MRSM ke mana pula perginya pelajar bukan bumiputera nak melanjutkan pelajaran kalau bukannya di UiTM?

Tanya soalan ini kepada TV3, TNC UiTM dan pemimpin UMNO yang buat komen tentang isu ini. Paling saya panas hati bila Ketua Puteri UMNO mengatakan bahawa Tan Sri Khalid “kurang ajar” dengan mimik muka yang memualkan. Kalau saya ada kat situ tak tahulah apa akan jadi. Celupar sangat.

Lihatlah arkib Utusan Malaysia atas tajuk “Pelajar Bukan Bumiputera” bertarikh seperti berikut:

73. Kuota bukan Melayu di MRSM naik
Kuota bukan Melayu di MRSM naik. KUALA LUMPUR 6 Jan. - Kuota pengambilan pelajar bukan bumiputera di lima buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai bulan depan dinaikkan daripada 10 kepada 30 peratus.Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz berkata, lima MRSM yang terbabit
07/01/2004 - size 2465 bytes
81. Pelajar bukan Melayu elak kejutan
Pelajar bukan Melayu elak kejutan. MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) disaran supaya memberi penerangan sejelas-jelasnya mengenai keadaan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kepada calon-calon bukan bumiputera yang mahu memasuki institusi itu. Selain itu, Mara perlu memastikan pemilihan calon bukan bumiputera ke MRSM
02/09/2003 - size 5125 bytes

104. MRSM - Kuota 10 peratus perlu publisiti lebih meluas
MRSM - Kuota 10 peratus perlu publisiti lebih meluas. Oleh Rohana Man KEKURANGAN publisiti berhubung pembukaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kepada pelajar bukan bumiputera mulai tahun depan, menyebabkan kuota yang diperuntukkan sebanyak 10 peratus tidak dapat dipenuhi.Ini berikutan daripada 50
15/11/2002 - size 4240 bytes
139. BISIK-BISIK -- AWANG SULUNG
BISIK-BISIK - AWANG SULUNG. KEPUTUSAN UMNO bahagian Senai meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Pendidikan berhubung pemberian kuota 10 peratus kepada pelajar bukan bumiputera di MRSM dan Program Matrikulasi sungguh mengejutkan.Ia bukan hanya bercanggah dengan tradisi dan amalan UMNO malah ia juga tida
17/06/2002 - size 1385 bytes
146. Persaingan terbuka, bukan lihat kaya miskin
Persaingan terbuka, bukan lihat kaya miskin. Oleh NUR JAZLAN MOHAMED KESUNGGUHAN kepimpinan UMNO untuk menyedarkan orang Melayu daripada lena yang panjang harus diberi sokongan. Semangat Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sering menyeru orang Melayu b
13/06/2002 - size 9469 bytes
151. Menghapuskan Mentaliti tongkat
Menghapuskan Mentaliti tongkat. Sedikit demi sedikit orang Melayu wajar sedar bahawa mereka tidak boleh selamanya bergantung kepada bantuan atau hak istimewanya untuk mencapai kemajuan.Sikap terlalu bergantung kepada bantuan dan hak istimewa inilah yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdull
10/06/2002 - size 3609 bytes

160. Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum
Kuota 10% muktamad - Aziz - Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum. Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan
06/06/2002 - size 5183 bytes
APA MACAM STUDENT UITM?????? KE KORANG WAT GIMIK NAK TUNJUK HEBAT MPP KORANG JER???? BIASE LA KAN NAK DEKAT PILIHANRAYA KAMPUS NANTI HEHEHEHE......SEKADAR MIMPI JE

No comments

Powered by Blogger.