Singapura besarkan rumah api Pulau Pisang sejak 1980-an

PONTIAN: Singapura dipercayai sudah melakukan kerja pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang, yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim (MPA), bermula sejak awal 1980-an lagi, menurut waris pemilik kebun buah-buahan di pulau itu.

Seorang waris terbabit, Zaiful Ismail, 39, berkata, usaha republik berkenaan turut meliputi kerja membesarkan jeti persendirian miliknya dan laluan daripada jeti ke rumah api terbabit.

“Singapura sudah melakukan kerja pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang itu sejak 1980-an lagi, tapi pihak berkuasa negara ini tidak menyedarinya, mungkin kerana isu rumah api Pulau Pisang tidak sehangat pada ketika itu, berbanding masa ini.”

“Apa yang pasti, Singapura telah bertindak membesarkan kawasan rumah api, laluan serta jeti di Pulau Pisang itu. Ini dapat dilihat dengan jelas daripada saiz ketiga-tiga struktur tersebut ketika ini,” katanya di sini, hari ini.

Zaiful berkata menurut perjanjian di antara Almarhum Sultan Ibrahim dan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir James Alexander Sweethenham pada 6 Oktober 1900, kawasan keluasan rumah api yang dipersetujui adalah satu ekar, satu Rod dan 18 Poles.

Keluasan laluan daripada jeti ke rumah api pula ditetapkan pada satu ekar dan lima Poles, manakala keluasan jeti pula adalah 17 Poles.

“Bagaimanapun kini kawasan rumah api di puncak pulau itu semakin besar apabila Singapura membina pagar kedua, kira-kira 100 meter daripada pagar lama.

"Laluan pejalan kaki dari jeti ke rumah api turut dibesarkan supaya jentera berat boleh menggunakannya,” katanya.

Laluan ke rumah api itu sebelum ini, katanya hanya dilengkapi dengan tangga pejalan kaki tetapi kini diganti dengan laluan yang lebih besar bertujuan memudahkan traktor untuk mengangkut pelbagai barangan.

Singapura, katanya turut membina sebuah stor simpanan di jeti, yang tidak termasuk di dalam Perjanjian 1900 yang ditandatangani.

“Tindakan Singapura membesarkan kawasan rumah dan pelbagai kemudahan lain itu jelas bercanggah dengan perkara di dalam Perjanjian 1900. Kita perlu menangani perkara ini sebelum ia terlambat,” katanya.

Pulau Pisang yang terletak kira-kira 8km daripada Pontian menempatkan sebuah rumah api yang ditadbir oleh Singapura.

Seorang lagi waris pemilik kebun di pulau terbabit, Abdul Razak Malutak, 66, berkata kawasan rumah api yang ditadbir republik itu turut mempunyai kemudahan bagi pendaratan helikopter.

“Pada 80-an, penduduk kadangkala melihat helikopter Singapura di kawasan rumah api terbabit sedang menghantar barangan-barangan berat untuk kegunaan rumah api itu,” katanya. - Bernama

KAMU BUAT APA WAHAI PEMIMPIN JAHANAM MALAYSIA???? BODOH

No comments

Powered by Blogger.