STRATEGI BN DI PERMATANG PAUH

umaat yang lepas jentera wanita telah ke Permatang Pauh bagi persediaan untuk bertempur dengan jentera lawan ( B.N ). Setibanya kami di sana keadaan yang mulanya tenang namun setelah sehari di sana baru kami tahu situasi sebenar yang berlaku di sana.

Pihak lawan kita ( B.N ) mengunakan cara halus untuk memastikan mereka menang. Cara mereka agak licik. Mereka menyampaikan mesej yang boleh mempengaruhi pengundi secara tidak langsung.

” Pak Cik / Mak Cik tok sah riasu, Anwar mesti menang kawasan ini. Dah 3 Penggal menang. Anak-anak pak cik / mak cik yang duk jauh tok sah balik la. Kesian depa semua kerja. Raya dekat dah. Tok sah risau Anwar mesti menang punya.! “

Strategi yang pihak lawan gunakan ini dapat mengurangkan jumlah pengundi yang hadir untuk mengundi. Statistik yang di tunjukkan juga mendapati pengundi di kawasan itu juga banyak yang telah behijrah ke bandar-bandar khususnya Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Ini dapat membantu pihak lawan untuk mengurangkan jumlah undi yang bakal di perolehi Anwar.

Jadi saya seru kepada semua supaya jangan mempercayai rumus sebegini. Insya Allah di Permatang Pauh kita boleh menang namun apa yang penting sekarang ini adalah jumlah undi yang di perolehi Anwar nanti. Jumlah yang di perolehi dapat merumuskan ketidak percayaan rakyat terhadap pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan terus menolak mereka dan InsyaAllah Permatang Pauh akan menjadi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk menuju ke Putra Jaya.

Selain itu menurut penduduk di sana pihak lawan di percayai telah menempah semua rumah kampung, rumah tumpangan dan hotel yang berdekatan untuk tujuan memonopoli kawasan tersebut bagi tujuan menempatkan jentera mereka dan membiarkan kita tiada tempat untuk di jadikan markas serta pusat operasi dan tempat tinggal. Namun apa yang menjadi tanda tanya kenapa mereka tidak mengibarkan bendera mereka. Mungkin ada strategi mereka tersendiri. Yang ada hanyalah di bilik gerakan mereka yang sedia adas di Sungai Semambu dan di Penanti namun di fahamkan UMNO dari Melaka yang diketuai oleh Ali Rustam akan ke sana hari ini.
NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!

Namun kita di pihak PR beruntung kerana penduduk di sana mengalu-ngalukan kedatangan kita dan mereka menceritakan serta memberi sedikit maklumat mengenai pihak lawan sejak mereka berkampung disana. Jumlah yang hadir untuk ceramah di Permatang Pauh pada hari sabtu 9 Ogos lalu juga memberi tanda-tanda awal kejayaan kita di sana dengan jumlah yang hadir kira-kira 25.000 yang rata-ratanya terdiri dari penduduk setempat.

Diharapkan pada 16 Ogos ini hari penamaan calon. Kita dapat turut serta untuk memberi sokongan kepada bakal Perdana Menteri kita Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan turun ke sana seramai yang mungkin serta bekumpul di sana untuk membantu beliau untuk memantapkan lagi parti sekaligus menegakkan keADILan serta menolak kerajaan BN yang sudah memimpin kerajaan selama 50 tahun dan semakin menguruskan negara ke arah kehancuran.

Buat pengetahuan Dato’ Seri Anwar berharap agar kita sebagai penyokong dan pendokong parti dapat hadir seramai yang mungkin untuk memecahkan lagi satu sejarah pada 16 Ogos ini kerana di fahamkan akan diadakan satu perhimpunan besar-besaran.

Perhimpunan Raksasa

Tempat : Tempat Penamaan Calon. Maktab Perguruan Tuanku Bainun

Tarikh : 16 ogos 2008, Sabtu

Bagi Negeri Selangor kita di beri amanah untuk membantu bagi Daerah Mengundi Simpang Empat, Jalan Tuna dan Taman Tun Hussein Onn. Ketiga-tiga daerah mengundi tersebut merupakan kawasan yang kita tewas dan kita di beri kepercayaan untuk berkempen di sana. Ini menunjukkan kepercayaan serta keberkesanan kempen yang di lakukan di Negeri Selangor di bawah Pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Untuk makluman Parlimen Ampang ada menyediakan 8 buah rumah bagi tujuan penempatan kita di sana dan bagi yang ingin ke sana kita akan bertolak pada rabu ini 13 Ogos 2008 jam 6 petang dalam kembara jelajah Permatang Pauh.

Untuk maklumat lanjut

Pn. Salmah Ismail : 019-243 6573

No comments

Powered by Blogger.