TOK GURU NIK AZIZ.... terus relevan

a
Terbukti kini kehebatan golongan ulamak seperti Tok Guru Nik Aziz yang terus relevan sebagai pemerintah. Kehebatan beliau amat terserlah dalam banyak perkara dan isu, walaupun beliau sendiri tidak pernah mengakuinya. Dengan isu terbaru yang boleh dianggap selesai, Tok Guru kita membuktikan kehebatan pemikiran seorang yang berilmu tinggi dengan asas agama yang amat kukuh, dan amat sukar nampaknya pihak musuh luaran mahupun dalaman untuk menggoncangnya.

Kemampuan beliau sebenarnya sudah mula teruji sejak mengambil tempat sebagai MB Kelantan 1990. Ujian demi ujian daripada luaran dan dalaman, nampaknya hanya menguatkan lagi keyakinan kawan dan lawan terhadap Islam. Keteguhan beliau bertahan daripada serangan musuh yang menguasai media amat terserlah sejak 18 tahun yang lalu sehingga sekarang.

Sejak daripada 1990, Kelantan mendapat perhatian hampir setiap hari, sehingga jika ingin disenaraikan isu-isu berbangkit amatlah banyak. Kebimbangan kami diperingkat bawahan kalau-kalau Tok Guru gagal menangani isu-isu tersebut, mungkin akan mendatangkan kesan buruk kepada Gerakan Islam. Namun Tok Guru tidak pernah mengecewakan kami, dan musuh hanya mampu terus membuat isu baru selepas setiap isu yang dipatahkan Tok Guru, dan sekaligus menampakkan bahawa Islam sebenarnya amat relevan dipraktikkan walaupun dalam apa zaman sekalipun. Sekarang isu-isu pembangunan di Kelantan sudah jarang kedengaran, cuma isu kemiskinan ada la sikit-sikit timbul, kerana majoriti rakyat Malaysia sudah tahu keadaan sebenar sebuah negeri yang diperintah berteraskan Islam ini.

No comments

Powered by Blogger.