Turun harga petrol 0.15 sen tidak relevan - Anwar
PERMATANG PAUH, 23 Ogos (Hrkh) - Pengumuman Kerajaan Barisan Nasional (BN) menurunkan harga bahan bakar sebanyak RM0.15 sen seliter bagi petrol dan RM0.08 sen bagi disel masih tidak releven sebagai negara pengeluar minyak dunia.
Iklan | |
Calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pidatonya menegaskan, pengumuman itu juga tidak membawa apa-apa kesan pada rakyat Permatang Pauh yang sudah matang berfikir.
Anwar menyifatkan, penurun tersebut jauh lebih kecil berbanding janji Pakatan Rakyat jika menguasai politik di Malaysia harga minyak akan diturunkan RM0. 70 sen menjadikan RM2.00 seliter.
"Kerajaan yang banyak aset berharga hanya menurunkan RM0.15 sen sahaja. Ini bermakna Malaysia was-was membantu rakyat tidak macam kita sanggup membela keseluruhan rakyat tanpa kira kaum," terang beliau di hadapan 5,000 masyarakat Cina di Seberang Jaya semalam.
Anwar yakin penurunan harga petrolium itu meningkatkan lagi kemarahan rakyat terhadap BN kerana tidak berani umumkan melebihi apa yang Pakatan Rakyat janjikan.
Bukan sahaja rakyat di Permatang Pauh memarahinya malahan sebilangan besar Ahli Parlimen yang kurang puas hati terhadap pemerintahanya itu, katanya.
"Mungkin itu antara petunjuk jalan mempercepatkan pertukaran kerajaan. Ramai akan melompat ikut Pakatan Rakyat bila semuanya tenang," jelasnya.
Walaupun ada parti dari komponen BN di Sabah menafikan akan melompat tetapi beliau yakin sebilangan besar Ahli Parlimen di negeri terbabit bertindak mengikut arus kebangkitan rakyat sejagat, katanya.
"Tidak dinafikan ada parti di Sabah yang gentar bila sebut tentang pemerintahan baru bagi mereka ia sesuatu yang baru dan sukar dilakukan.
"Maklumlah terlalu lama berada dalam kancak politik yang sempit," terang Anwar.
Berucap sama dalam program makan malam kemerdekaan ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. - mns_
No comments
Post a Comment