Kepimpinan Ulama di Bawah Suluhan Sejarah
seyhulislam
Ulama’ atau bukan Ulama’?
Sehari dua ini, persoalan kualiti dan daya kepimpinan Ulama’ kembali diperkatakan. Biar pun kedudukan ulama’ seperti keterangan al-Quran dan al-Sunnah itu jelas, namun memposisikan mereka dalam kepimpinan Ummah mengalami pelbagai bentuk pengubahsuaian.
Ubah suai itu tidaklah menjejaskan kedudukan Ulama’ kerana apa yang dijadikan keutamaan tertinggi adalah maslahah awam yang terpelihara dengan berlangsungnya hukum dan peraturan-peraturan Allah Subhanahu wa Ta’aala dalam kehidupan.
Persoalan teknikal seperti cara memilih pemimpin, biar pun penting, namun bukanlah pokok keutamaan tertinggi. Justeru, kaedah pewarisan takhta yang tidak mesra dengan konsep ideal Syura di dalam Islam, tidaklah dijadikan sebagai asbab untuk menentang pemerintahan Islam yang panjang itu, kerana matlamat tertingginya tetap berhasil iaitu terlaksananya hukum hakam Islam dan tertegaknya mekanisma keadilan yang diperintahkan-Nya.
ERA OTHMANIYYAH
Sukar untuk dipastikan, bilakah ULAMA berkembang daripada definisi tentang kriteria seseorang, kepada sebuah institusi dan mencipta status khusus di kalangan umat. Jika di satu peringkat seorang individu akan berusaha melengkapkan diri dengan kriteria seorang Alim, kemudiannya kredibiliti seseorang tidak lagi bergantung semata-mata ke atas penilaian dirinya sebagai individu, malah turut bersandarkan kepada institusi yang menaunginya.
Sama ada ia sebuah madrasah, mahu pun jawatan-jawatan tertentu yang diperuntukan oleh pemerintah mengikut perkembangan zaman.
Namun, sejarah yang panjang itu mungkin boleh dirumus dengan merujuk kepada legasi pemerintahan Islam terhampir kepada kita iaitu di bawah kerajaan Othmaniyyah (1299 - 1924).
Kedudukan ulama’ mengalami pelbagai bentuk perubahan. Perkembangan itu mencapai tahap tertingginya apabila jawatan Sheikh ul-Islam disertakan di dalam hiraki tertinggi kepimpinan Daulah seperti yang termaktub di dalam Kanunname Muhammad al-Fatih pada kurun ke-15. Kedudukan Sheikh ul-Islam diletakkan setaraf dengan Sadr al-Azam (Perdana Menteri) di sisi Sultan yang mengetuai negara.
Barat sering menyamakan jawatan Sheikh ul-Islam ini dengan Pope di legasi mereka.
Malah Sheikh ul-Islam menerima penghormatan yang lebih tinggi sebagai individu yang mempunyai pandangan yang boleh mengatasi sesiapa sahaja termasuk Sultan. Pengaruh Sheikh ul-Islam dan peranannya dalam memastikan negara bergerak di atas landasan Syariah, tidak memerlukan dirinya untuk menjadi ketua pentadbiran tertinggi. Tetapi dengan kedudukan Islam dan fatwa itu sendiri, Sheikh ul-Islam boleh bersuara mengatasi Sultan, Sadr al-Azam dan seluruh jentera pentadbiran sebuah negara.
Sheikh ul-Islam adalah simbol kepada penghormatan umat Islam dan Othmaniyyah itu sendiri kepada Islam yang menjadi teras kehidupan mereka.
Kemunculan pemerintahan keluarga Bani Osman yang mengasaskan Khilafah Osmaniyyah merupakan manifestasi fenomena tajdid bagi menghadapi gejala riddah yang sentiasa berulang muncul dalam sejarah kehidupan manusia. Kira-kira 50 tahun selepas kejatuhan Khilafah Abbasiyyah iaitu pada tahun 1258M / 656H, Osman Gazi mengasaskan Kerajaan Osmaniyyah di Bursa.
osmangazi
Sultan Osman Gazi (1299 - 1324)
Lantas mereka membuktikan apa yang disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 54-56:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika murtad dari kalangan kamu dengan berpaling dari agamaNya, nescaya Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia mengasihi mereka serta mereka itu mengasihiNya. Mereka merendahkan diri (adzillah) terhadap orang mukmin serta bersikap tegas meletakkan diri pada ketinggian terhadap orang-orang kafir. Merek berjihad di jalan Allah serta tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela. Demikian itu adalah kurniaan Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah itu Maha Luas limpah kurniaNya lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya pembantu kamu hanyalah Allah, RasulNya serta orang-orang yang beriman, yang mana mereka itu mendirikan solat serta mengeluarkan zakat, sedang mereka itu adalah orang-orang yang ruku’ (patuh kepada Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulNya serta orang-orang yang beriman itu sebagai penolongnya, maka sesungguhnya (mereka itu adalah) golongan Allah, menjadi golongan yang menang”
Kehidupan Osman Gazi yang memerintah sehingga 1326, adalah kehidupan yang penuh dengan siri jihad. Perjuangan beliau dan kekuatan bala tenteranya berhadapan dengan serangan kuasa Byzantine telah meluaskan kuasa takluknya dari pusat pemerintahan di Bursa, berkembang pesat sehingga Sultan Alaeddin Keykubat (Kaukabat) yang memerintah kerajaan Seljuk Rome menyerahkan kuasa dan jajahan takluknya untuk duduk di bawah lembayung imarah Osmaniyyah pada tahun 1299 tersebut.
WASIAT OSMAN GAZI KEPADA ANAKNYA ORHAN
Ketika gering di pembaringan, Sultan Osman Gazi telah menyampaikan wasiatnya yang menjadi garis panduan dan ikutan para Sultan yang meneruskan teraju pemerintahan Osmaniyyah selepasnya. Wasiat yang disampaikan kepada anaknya Orhan (Orkhan) Gazi itu telah dicatat oleh muarrikh (pencatat sejarah) bernama Asik Celebi (Aa-shik Chelebi). Wasiatnya berbunyi:
“Wahai anakku, janganlah sekali-kali kamu menyibukkan diri melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Allah Tuhan semesta alam. Jika kamu menghadapi sebarang kesulitan di dalam pemerintahan, maka bermesyuaratlah kamu dengan pada Ulama’ untuk mencari jalan penyelesaian”
“Wahai anakku, rendahkanlah dirimu dengan kemuliaan kepada orang-orang yang mentaatimu serta peliharalah kebajikan tenteramu. Janganlah sekali-kali kamu diperdayakan oleh Syaitan dengan (kekuatan) tentera dan hartamu. Dan janganlah kamu sekali-kali menjauhkan diri daripada Ahli Syariah…”
“Wahai anakku, sesungguhnya kamu mengetahui bahawa matlamat kita adalah keredhaan Allah Tuhan semesta alam. Sesungguhnya jihad itu menyebarkan cahaya sinaran agama kita ke segenap penjuru. Dengan demikian itulah terhasilnya Mardhatillah Jalla Jalaaluh…”
“Wahai anakku, kita bukanlah dari kalangan mereka yang berperang kerana syahwat mahukan kuasa atau menawan manusia. Sesungguhnya kita ini hidup dengan Islam dan dengan Islam jualah kita mati. Dan hakikat inilah wahai anakku, kamu itu adalah ahlinya!”
Nasihat inilah yang menjadikan pemerintah Osmaniyyah sangat menitik beratkan ilmu dan institusi keilmuan, tentera dan institusi ketenteraan. Mereka juga sangat memuliakan ulama serta memelihara kewajipan jihad. Di bawah bendera Osmaniyyah itulah, sinaran Islam tersebar sehingga ke segenap penjuru alam; cemerlang memancar dari tembok Vienna di Austria sehinggalah ke tangan Haji Abdul Rahman Limbong di Tanah Melayu dan pendukung revolusi petani menentang penjajahan British.
Institusi ulama sangat penting kepada sekalian pemerintah Bani Osman. Gandingan ulama seperti Sheikh Ak Semsettin itulah yang menghasilkan Sultan Muhammad al-Fatih yang kemudiannya menawan Constantinople pada tahun 1453. Bahkan konspirasi menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II itu pun terpaksa menggunakan ‘fatwa’ oleh Sheikh Hamdi Afandi Mali disebabkan oleh sentimen masyarakat yang tidak mungkin merestui sebarang tindakan yang tidak mendapat lampu hijau para Ulama.
PASCA KERUNTUHAN OTHMANIYYAH
Bagaimanakah ulama selepas kejatuhan era Othmaniyyah?
Bagaimanakah ulama selepas Revolusi Iran 1979?
Bagaimanakah semua ini memberikan implikasi kepada kedudukan Ulama di tanah air kita?
Mengapakah di dalam Muktamar PAS 1983, ucapan dasar al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa mengenengahkan suatu perubahan kepada Dewan Ulama dengan menamakannya sebagai Dewan Ulama dan Intelektual Islam?
Persoalan-persoalan ini harus diambil kira, sebelum kita bersentimental mengheret perdebatan tanpa asas yang bisa membantutkan perjalanan ke matlamat tertinggi kita, menegakkan keadilan berasaskan sistem Islam yang diperjuangkan selama ini.
Saya akan menyambung perbincangan ini, Insya Allah.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

No comments
Post a Comment