Sessi bersama TGNA d Makkah
Hari terakhir kami d Makkah mendapat jemputan dari persatuan komuniti Malaysia d Makkah. Pertemuan bersama MB Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) beserta 2 YB Kelantan - Speaker DUN Kelantan, YB Ustaz Nasrudin Daud (tengah) dan YB Abdullah Yaacob.
Suasana meriah menghias majlis. Rakyat Malaysia datang meraikan majlis, baik dari Makkah mahupun yang berkelana dari Riyadh dan Madeenah. Bujang, mahupun yang berkeluarga. Baru mahupun yang sudah lama menetap. Menarik minat ramai.
TGNA membincangkan pelbagai isu yang melanda ummat dan tanah air - masalah kepimpinan menjadi teras perbincangan. Seperti biasa, TGNA memberi contoh yang mudah d fahami bagi menghadam isu yang d ketengahkan.
Sessi soal jawab pula menarik minat yang menyoal tentang perlunya kurangkan politik dan juga isu pemilihan PAS yang akan berlansung d muktamar mendatang.
Bagi mendapatkan kepastian lansung dari Mursyidul Am tentang status cadangan "Unity Government", soalan d ajukan kepada TGNA. Apakah "Unity Government" masih ada dalam agenda PAS. Apakah ianya tertangguh atau sudah d batalkan sepenuhnya. Klik d bawah atau boleh dengar d sini
Sempat juga bertanya kepada TGNA tentang polimik yang timbul dari penulisan anaknya, Ustaz Nik Abduh yang menyerang pembantu TGNA. Persoalan berbentuk one to one sebelum kami mengadap juadah pagi selepas majlis TGNA. Terus terang, tak expect TGNA memberi jawapan. Namun, sambil memegang tanganku, dia berbisik dengan senyumannya.
Katanya dia sudah pun bercakap dan menegur Nik Abduh. Tidak benar jika d letakkan pembantu TGNA, katanya. Menimbulkan pelbagai tafsiran. Apa pun khabarnya TGNA akan mengeluarkan kenyataan sekembali dari Makkah nanti.
http://dperantauan.typepad.com/dperantauan/2009/05/sessi-bersama-tgna-d-makkah.html
No comments
Post a Comment