DUN Galas: Penamaan calon 26 Okt, hari undi 4 Nov

PUTRAJAYA, 6 OKT : Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan diadakan pada 26 Oktober ( Selasa) dan pengundian pada 4 November ( Khamis) , demikian pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini.
Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga berkata seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa manakala 127 pengundi pos layak menentukan ADUN di Galas.

SPR juga menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.

Penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini bakal berlangsung di Bilik Gerakan Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.

Sebanyak 11 buah sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 buah saluran.

Wan Ahmad juga berkata seramai 323 petugas pilihan raya telah dilantik oleh SPR bagi melincinkan perjalanan pilihan raya itu.

No comments

Powered by Blogger.