Agihan Wang Ihsan Mesti Diselesaikan Akhir Bulan Ini, Kata JPP

KOTA BAHARU, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan akan memastikan semua pengagihan wang ihsan pelajar di negeri Kelantan diselesaikan akhir bulan ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustaffa berkata semua peruntukan RM25 juta itu akan dihabiskan sehingga tempoh tersebut.

"Ini sebagaimana dikehendaki oleh Kerajaan Pusat melalui agensi pelaksana pengagihan wang itu iaitu JPP dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan," katanya kepada pemberita selepas melakukan upacara pelepasan serombongan 1,500 anggota Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Kelantan yang menaiki 32 bas di Dataran Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, di sini, Sabtu malam.

Rombongan diketuai Mejar (B) Mohd Ali Nawang itu dijangka mengadakan pertemuan khas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Putrajaya, petang ini.

Makhtar berkata, lebih 70,000 pelajar rendah rendah dan tingkatan enam menerima bantuan wang ihsan itu yang dikendalikan jabatannya dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (JPP) dan Pejabat Pembangunan Jajahan (PPJ).

Pemberian wang ihsan itu diperuntukkan Kerajaan Persekutuan selepas menukarkannya daripada royalti mula dikeluarkan kepada pelajar Ogos lalu melibatkan 70,800 pelajar di seluruh negeri Kelantan tanpa mengira bangsa.

Katanya, mengikut peraturan, pelajar yang telah menerima bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajaran Malaysia (KWAMP) dan keluarga berpendapatan lebih RM1,500 sebulan, tidak layak menerima wang itu.

"Pelajar tingkatan enam layak menerima wang ihsan itu tanpa mengira kedudukan dan pendapatan keluarga," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu mereka yang menerima wang ihsan itu memanfaatkan pemberian itu sewajarnya untuk kemudahan pelajaran mereka tanpa menyalahgunakannya.

Dengar cerita, majlis pemberian wang ehsan peringkat sekolah rendah peringkat Kelantan bukan main hebat 3 minggu lepas, tapi sampai sekarang duit tak masuk lagi! cakap dok hina PAS bukan main lagi...

No comments

Powered by Blogger.