Demi Allah! Saya Tidak Dapat Menerima Semua Ini!
Pertamanya saya mengucapkan terima kasih (semoga Allah membalas jasa baik seorang pembaca blog saya - Jibam) atas maklumat dan informasi yang saya SEMEMANG TIDAK TAHU (bukan buat-buat tidak tahu) berkenaan satu program atau majlis yang dipanggil sebagai Islamic Fashion Festival (Baca di sini). Majlis ini melibatkan Perdana Menteri dan isterinya. Untuk seketika dengan nama Allah, saya mengurut dada dan mengucap panjang apabila saya melihat gambar di majlis tersebut - apakah yang saya lihat ini betul atau pun imaginasi semata-mata. Agak lama saya cuba "menyiasat" cerita ini - dan akhirnya iman saya mendahului segala-galanya.
Kebenaran dan hak perlu ditegakkan walaupun kita mungkin dibenci oleh semua orang. Sesungguh saya bertanggungjawab -atas nama seorang muslim menegur pemimpin negara atas kesalahan yang jelas dan bertentangan dengan agama. Tiada kompromi dalam hal ini. Saya tanpa berselindung dengan tegas sesunguhnya pengajuran Islamic Fashion Festival yang turut dihadiri oleh PM dan isterinya adalah jelas HARAM dan bertentangan dengan Islam. Ia merupakan sejelek-jelek majlis dan merupakan fitnah ke atas agama Muhammad.
Ini semua bukan pakaian yang dianjur oleh sunnah dan agama kita - ini semua merupakan permainan dan fitnah terhadap Islam, melalui nama "Fashion Islam" - Islam mewajibkan wanita muslimah menutup aurat bukan atas nama fashion - tetapi atas dasar takwa! Kod etika pemakaian busana Islam untuk wanita muslimah sudah jelas tertera di dalam al-Quran - tiada percanggahan dalam hal ini. Mana-mana pihak yang terlibat dalam majlis tersebut, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung - tetap berdosa!
Saya menasihat diri saya dan semua pemimpin UMNO agar menjauhi majlis-majlis thoghut seperti ini. Ia sangat jelas berdosa besar dan seolah-olah kita mengakui, inilah pakaian dan busana yang menggambarkan kehendak Islam. Mohon maaf jika kata-kata saya agar kasar - tetapi ulama muda UMNO perlu ke hadapan dalam soal ini - ingat pesan nabi, "Jihad yang utama adalah jihad menegakkan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim" (HR Iman Ahmad). Zalim dalam isu ini adalah merujuk kepada perbuatan pemimpin kita sendiri yang seakan-akan bersekongkol dengan musuh Islam yang sememangnya mahu menghancurkan agama mulia ini dalam pelbagai cara dan kaedah.
Dengan nama Allah Yang Maha Besar - sebagai ahli UMNO saya menentang sekeras-kerasnya penganjuran dan keterlibatan pemimpin-pemimpin UMNO dalam majlis seperti ini. Ini merupakan kejijikan yang nyata. Allah tidak akan membantu kita, sekiranya amalan seperti ini diteruskan dan menjadi darah daging kita semua. Saya juga merayu (mungkin Mufti Perak, tidak menyedari hal ini) agar TS Harussani bersuara dalam masalah yang sangat besar ini - sesungguhnya ia sangat jelas mengaibkan dan menghina pakaian muslimah yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Semoga Allah menyedarkan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita. Nasihat saya ikhlas dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. Atas nama Islam - yang hak perlu ditegakkan, walaupun rasanya sangat pahit. Wallahualam.
[Sumber]

No comments
Post a Comment