Dua Warga Malaysia Dicalonkan Untuk Anugerah Berprestij Sweden

Oleh Manik Mehta

FRANKFURT, 11 Okt (Bernama) -- Dua warga negara Malaysia dicalonkan untuk anugerah berprestij Sweden, Astrid Lindgren Memorial (ALMA) 2011, pada Pameran Buku Antarabangsa Frankfurt, pameran industri penerbitan terbesar di dunia.

Mohd Yusuf Ismail, seorang pengarang dan pencerita lisan bersama Daphne Lee Mei Lin, seorang promoter membaca, adalah dua daripada 175 calon dari seluruh dunia yang dinamakan untuk anugerah ALMA yang menawarkan hadiah wang tunai 5 juta krone Sweden.

ALMA adalah hadiah terbesar dunia untuk kesusasteraan kanak-kanak dan remaja. Anugerah itu diberi setiap tahun untuk seorang penerima tunggal atau organisasi atau beberapa orang.

Linda Tan Lingard, pengarah syarikat Yusof Gajah Lingard Literary Agency dari Kuala Lumpur, yang juga isteri Mohd Yusuf yang menggunakan nama pena Yusof Gajah Lingard, berkata beliau sangat gembira dengan pencalonan itu.

Syarikatnya turut menyertai pameran buku itu.

Ini adalah pencalonan kedua bagi rakyat Malaysia untuk ALMA. Yang pertama adalah pada 2008 apabila Margaret H.L. Lim, penulis cerita kanak-kanak dari Kuching, dicalonkan tetapi tidak memenangi anugerah itu.

No comments

Powered by Blogger.