Dukacita dengan tindakan Umno menghalau wartawan – Hata Wahari
20 OKT – NUJ Malaysia merasa kesal serta dukacita dengan tindakan UMNO menghalau wartawan Malaysiakini dari pusat media Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan melihat tindakan ini merupakan tindakan kebelakang dalam mendukung kebebasan media.
Tindakan UMNO ini juga memperlihatkan sikap tidak mesra media dan tidak selari dengan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap menutup Forum Antarabangsa Mengenai Pembentukan Warga Global: Librasasi Media dan Realiti Politik Baru semalam yang berkata, bahawa Media boleh memainkan peranan penting bagi menghapuskan ektremis di dunia.
Malangnya, UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memegang prinsip yang dilaung-laungkan dan sikap-sikap itu terbukti dengan tindakan menghalau wartawan Malaysiakini dari berada di Pusat Media Perhimpunan Agung UMNO.
Sehubungan itu NUJ Malaysia mendesak agar larangan kepada Malaysiakini dan wartawan-wartawan portal alternatif untuk membuat liputan itu ditarik balik dan mengembalikan status quo agar setiap organisasi media dapat membuat liputan tanpa halangan.
NUJ Malaysia meminta Presiden UMNO bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini dan mengeluarkan arahan kepada Setiausaha Agung UMNO agar tindakan menghalang organisasi media untuk membuat liputan pada perhimpunan agung itu di tarikh balik dengan segera.
LATAR BELAKANG: Malaysiakini diminta dikeluar dari bilik media di perhimpunan agung Umno kerana tidak memiliki pas media yang dikeluarkan oleh sekretariat parti itu. Semua lapan wartawan portal berita bebas itu diberitahu tidak dibenarkan menggunakan kemudahan bilik media oleh seorang pegawai sekretariat perhimpunan itu.
NUJ Malaysia juga menerima aduan dari beberapa ahli yang mendakwa permohonan mereka untuk mendapat pas untuk membuat liputan pada perhimpunan agung itu ditolak walapun permohonan itu dibuat melalui organisasi media yang dikuasai oleh UMNO.
Sebab-sebab mengapa sesetengah wartawan tidak dikeluarkan pas perhimpunan agung tidak dinyatakan semasa penolakan tersebut.
* Hata Wahari adalah Presiden NUJ Malaysia

No comments
Post a Comment