Gerakan Akan Terus Mantap Walaupun Keng Yaik Bukan Lagi Penasihat : Ketua Pemuda Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 5 Okt (Bernama) -- Gerakan akan terus mantap dan mendapat sokongan rakyat walaupun dikejutkan dengan tindakan penasihatnya Tun Dr Lim Keng Yaik untuk melepaskan jawatan itu, kata Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong.

Sambil meminta anggota parti menghormati keputusan Lim itu, beliau berkata Gerakan harus sentiasa bergerak ke arah mengukuhkan lagi kedudukannya.

"Dr Lim adalah seorang pemimpin hebat dan kita akui sumbangan besar beliau kepada parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Barisan Nasional di sini pada Selasa.

Pada Isnin, Lim mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan itu kerana kecewa dengan kepimpinan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Oh menggesa anggota parti supaya terus bersatu dalam usaha Gerakan mendapatkan balik sokongan rakyat.

No comments

Powered by Blogger.