Jeffrey Tolak Tanding Naib Presiden PKR

KOTA KINABALU, 16 Okt (Bernama) -- Pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menolak daripada bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan peringkat kebangsaan parti itu bulan depan.

"Saya pernah menjadi naib presiden kebangsaan dan saya lihat tidak ada gunanya pada usia sedemikian saya memegang jawatan yang agak junior dan tidak mempunyai kuasa dan terus berdepan dengan keadaan di mana tidak ada siapa mendengar cakap anda," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan tengah hari PKR bersama media di sini Sabtu.

Beliau berkata adalah penting bagi beliau sekarang membuktikan bahawa beliau boleh berbuat sesuatu untuk mengubah kerajaan.

Jeffrey juga berkata beliau akan terus memberi fokus memperjuangkan hak, keadilan dan autonomi untuk Sabah dan Sarawak.

Keputusan Jeffrey itu menjadikan anggota pimpinan pusat dan ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah satu-satunya calon dari Sabah bertanding untuk jawatan itu.

Ditanya sama ada PKR akan meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 Nov, beliau berkata hal itu akan ditentukan esok pada mesyuarat jawatankuasa pilihan raya parti itu di Sandakan.

No comments

Powered by Blogger.