Kencana Nafi Rancangan Ambil Alih Labuan Shipyard

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Kencana Petroleum Bhd menafikan laporan bahawa ia merancang untuk mengambil alih Labuan Shipyard and Engineering Sdn Bhd (LSE), anak syarikat milik penuh Realmild (M) Sdn Bhd.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia Securities, Kencana berkata ia atau mana-mana anak syarikatnya tidak mempunyai cadangan untuk mengambil alih LSE atau mengadakan rundingan antara kedua-dua pihak atau dengan pihak berkuasa yang berkaitan atau pengambilalihan LSE oleh Kencana Petroleum.

"Bagaimanapun, kedua-dua pihak sedang meneroka kemungkinan bekerjasama untuk kepentingan bersama," katanya.

Sementara itu, Kencana berkata unit milik penuhnya itu memperoleh dua kontrak bernilai RM30.7 juta.

Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM21.6 juta daripada Newfield Peninsula Malaysia Inc dan projek PM329 East Piatu Development Project, Semenanjung Malaysia.

Kencana Torsco Sdn Bhd pula memperoleh kontrak bernilai RM9.1 juta daripada Lynas Malaysia Sdn Bh.

No comments

Powered by Blogger.