Komanwel: Amirul Atlet Malaysia Paling Berjaya

NEW DELHI, 5 Okt (Bernama) -- Amirul Ibrahim Hamizan anak kelahiran Rompin dilihat sebagai atlet Malaysia paling berjaya di Sukan Komanwel (CWG) -- selepas beliau merangkul pingat emas dalam acara angkat berat lelaki 56kg pada Isnin.

Beliau mengatasi pesaing terdekatnya dari India Sukhen Dey yang terpaksa berpuashati dengan pingat perak di Sukan Komanwel 2010 di Kompleks Sukan Jawarhalal Nehru.

Seorang lagi peserta India mendapat gangsa.

"Ini untuk isteri dan anak perempuan saya dan semua rakyat Malaysia," kata Amirul selepas kemenangan itu.

Pengangkat berat berusia 30-tahun itu merupakan ahli sukan pertama dari Malaysia memenangi empat pingat emas di CWG.

Beliau memenangi tiga pingat emas lain sebelum ini di Manchaster pada 2002.

Pemain badminton Wong Choong Hann adalah seorang lagi ahli sukan Malaysia yang berjaya di CWG, dengan merangkul sejumlah enam pingat antara 1998 dan 2006.

Beliau memenangi tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Seorang lagi pemain badmintan Choong Tan Fook muncul peserta ketiga terbaik dengan jumlah lima pingat (1998 dan 2006) - tiga pingat emas dan dua perak.

No comments

Powered by Blogger.