Laporan Siasatan Kemalangan Maut Simpang Ampat Dijangka Siap Sehari Dua Lagi
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Laporan lengkap mengenai kemalangan yang meragut 12 orang nyawa di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat Rembau, Ahad lepas, dijangka siap dan akan dihantar kepada Kementerian Pengangkutan dalam masa sehari dua lagi.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan berkata setakat ini, JPJ dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom) telahpun menyiapkan laporan kemalangan tersebut.
"Kertas siasatan JPJ dan Puspakom akan digabungkan sekali dengan laporan dari agensi lain seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan Polis Diraja Malaysia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lobi Parlimen Rabu.
Bagaimanapun, Solah enggan mengulas lanjut mengenai hasil siasatan JPJ berhubung kemalangan ngeri itu.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.50 petang itu, sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal menyebabkan ia melambung dan memasuki laluan bertentangan, sebelum melanggar sebuah van serta menghempap dua kereta. selain melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.
Akibat nahas itu, 12 orang maut di tempat kejadian, manakala lebih 40 yang lain cedera.
sekadar laporan di pinggiran

No comments
Post a Comment