Lupus Bahan Bukti, Dua Lelaki Dipenjara Tujuh Tahun

BANTING, 15 Okt – Dua lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Majistret, Teluk Datok, di sini hari ini.

K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh, 26, masing-masing menghadapi empat pertuduhan melupuskan bahan bukti, didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Menurut Bernama, Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap.

Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan di antara 9 dan 12 Sept ember lepas bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lepas ini.

Pada Rabu, peguam N. Patmanabhan, pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham

Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, 44.

No comments

Powered by Blogger.