Mayat bayi ditemui ditanam di bawah pokok ceri di Shah Alam

SHAH ALAM, 9 Okt – Mayat seorang bayi perempuan ditemui oleh beberapa orang penduduk di bawah satu timbunan tanah di bawah pohon ceri di kawasan tanah rezab Kg Baru Hicom Seksyen 26 di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin mengesahkan penemuan itu.

Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

“Siasatan awal polis mempercayai bayi yang cukup sifat itu sudah mati antara empat lima hari lalu tetapi kita perlu menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui waktu sebenar kematiannya,” katanya.

Sehubungan dengan penemuan itu, polis kini sedang menjalankan siasatan dari segenap aspek bagi mengenal pasti pihak yang terlibat dalam kejadian ini, katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi talian 03-55102220 bagi membantu siasatan. – Bernama

No comments

Powered by Blogger.