"PAS parti ektremis" – Pemuda MCA

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA menuduh PAS "berfikiran sempit dan tidak bertoleransi" kerana menganjurkan protes terhadap bintang idola Adam Lambert dari Amerika Syarikat yang membuat persembahan dalam satu konsert di Stadium Bukit Jalil Khamis lalu.

"Demonstrasi itu menunjukkan sifat ektremis yang diamalkan oleh parti itu," kata ketuanya Wee Ka Siong, dilapor oleh sebuah akhbar arus perdana.

Beliau menyatakan rasa kesal kerana PKR dan DAP, dua rakan seperjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat memilih untuk berdiam diri dalam perkara ini.

Sekumpulan besar pemuda Islam, termasuk Pemuda PAS dan wakil pelajar Gabungan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (Gamis) memprotes terhadap Lambert, di luar stadium itu, ketika penyanyi homoseksual itu membuat persembahan di depan 10,000 penonton
yang menjerit-jerit.

Ketua Gerakan Kedah, Tan Keng Liang kesal dengan tindakan PAS itu dan menyifatkannya sebagai satu penghinaan terhadap imej negara ini.

"Mereka gagal memahami bahawa homoseksual adalah merupakan tabiat semula jadi sesetengah orang dan bukan sebagai sebahagian dari budaya," katanya.

Presiden Karyawan Freddie Fernandez juga melahirkan rasa kecewa tentang protes yang dipimpin oleh PAS ini dan berkata, "PAS seharusnya menunjukkan sikap yang sederhana."

"PAS hendaklah faham bahawa ada rakyat Malaysia yang menghargai bakat yang dimiliki oleh Lambert," tambahnya.

No comments

Powered by Blogger.