Pertandingan kerusi naib presiden dijangka sengit
Abdul Rahim Sabri
Pertandingan merebut empat jawatan naib presiden PKR dijangka sengit dengan hampir 30 orang telah dicalonkan.
Pengarah pilihan raya parti itu, Fuziah Salleh dan exco Selangor Dr Xavier Jayakumar menjadi antara yang terawal mengumumkan hasrat untuk bertanding naib presiden.
Selain kedua-dua mereka pemimpin lain yang juga berminat adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan Ketua Cabang PKR Tanjung Karang Yahya Shaari.
Fuziah, ketika menyampaikan ucapannya, beliau berkata beliau menerima pencalonan dari cabang dengan penuh rasa rendah diri dan berjanji akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
"Saya tahu tuan-tuan tidak minta apa-apa daripada saya. Tapi tuan-tuan dan puan-puan mahu saya mencari suara dan jadi obor kepada perjuangan kita," katanya.
Fuziah juga turut mengucapkan terima kasih kepada cabang cabang yang mencalonkannya.
Katanya, beliau menerima lebih daripada 100 cabang.
Yahya Shari pula berkata beliau akan menggarap dan menggabungkan segala pengalamannya selama ini bermula zaman reformasi untuk menguatkan parti sehingga matlamat mereka berpindah ke Putrajaya.
Manakala Mansor berkata beliau,berhasrat untuk memperkasakan parti dan rakyat dan optimis akan memenangi jawatan tersebut.
Beliau memeprolehi 53 pencalonan dari seluruh cabang di seluruh negara.
Bekas naib presiden - Tian Chua dan bekas pengarah komunikasi PKR - Jonson Chong juga mengesahkan akan bertanding.
Naib presiden, R Sivarasa juga menerima pencalonan bagi mempertahankan jawatannya.
Sebelum ini, seorang penyandangnya Dr Lee Boon Chye memilih tidak mempertahankan jawatan naib presidennya itu meskipun selesa dengan lebih 40 pencalonan.
Dr Lee yang juga ahli parlimen Gopeng berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi memfokuskan tugasnya sebagai wakil rakyat dan ketua cabang di situ. Malaysiakini

No comments
Post a Comment