PAS Umum Calon Galas Malam ini
KUALA LUMPUR, 13 Okt – Calon PAS yang akan bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas akan diputuskan malam ini oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Menurut Presiden PAS itu, Dewan Harian PAS akan bermesyuarat malam ini setelah senarai calon diserahkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.
“Malam ini parti akan putuskan siapa calon PAS yang akan bertanding, dan kita akan umum 22 Oktober nanti.
“Calon yang kita pilih bukan saja mempunyai ketokohan, malah sesuai dengan keperluan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika ditemui di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, jentera diharap tidak terlalu yakin biarpun ‘post mortem’ Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu menunjukkan PAS mempunyai kelebihan di Dun itu.
“Post mortem yang kita buat, walaupun Tengku Razaleigh yang bertanding, undi parlimen bagi Dun Galas kita menang.
“Tapi saya minta PAS jangan ‘over confident’, kita mesti letakkan keyakinan di bawah 50 peratus dan mesti membina sokongan lebih dari 50 peratus,” katanya.
Selain itu, beliau juga berharap Umno menghadapi PRK Galas pada 4 November nanti secara demokratik dan profesional.

No comments
Post a Comment