PKR Ranting Lepar Utara Belum Bubar - Pengerusi PKR Pahang
KUANTAN, 13 Okt (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang pada Rabu menafikan bahawa PKR ranting Lepar Utara dekat sini telah dibubarkan berikutan 215 anggotanya semalam menyertai UMNO.
Pengerusi PKR Pahang Datuk Mohd Fauzi Abdul Rahman berkata ranting tersebut tidak dibubarkan kerana masih terdapat 103 lagi anggota yang berdaftar dalam ranting itu.
"Saya menafikan dakwaan kononnya PKR ranting Lepar Utara dibubarkan kerana masih lagi terdapat ahli PKR di situ yang mendaftar," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Pada Selasa, 215 anggota ranting itu menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman di pejabat UMNO Paya Besar.
Penyerahan borang keanggotaan UMNO itu disampaikan oleh wakil kumpulan berkenaan Abdul Rahim Darus yang berkata mereka memutuskan untuk menyertai UMNO kerana kecewa dengan cara mesyuarat pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini yang didakwa tidak telus dan ada agenda kepentingan peribadi.
Mohd Fauzi juga mencabar UMNO Bahagian Paya Besar menunjukkan senarai nama 215 anggota PKR yang dikatakan menyertai UMNO.
Katanya PKR Paya Besar kini mempunyai lebih 2,000 anggota dan mempunyai 18 ranting di kawasan Felda.

No comments
Post a Comment