Pasangan Angkasawan Negara pertama sah digelar suami isteri

http://media.themalaysianinsider.com/images/sized/images/uploads/leads/astrobmlead-358x268.5.jpg

Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menyarungkan Dr Halina Mohd Yunor cincin pada majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pagi tadi. — Gambar Choo Choy May

Pasangan Angkasawan Negara pertama sah digelar suami isteri

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

PUTRAJAYA, 10 Okt — Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 38, dan Dr Halina Mohd Yunor, 30, sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pagi ini.

Dr Sheikh Muszaphar mengukir satu lagi detik bersejarah dalam hidupnya pada pukul 11.40 pagi tadi.

Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, pernikahan ini dilakukan sendiri oleh bapa Dr Halina, Lt Kol (B) Mohd Yunos Mohd Ali, dengan disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali yang juga Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan.

Turut sama memberi restu ialah ibu Dr Halina, Habibah Endan, kedua ibu bapa Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor dan Datin Zuraida Datuk Sheikh Ahmad.

Ia juga turut disaksikan oleh kira-kira 1,500 tetamu di mana selain ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sanak saudara, rakan-rakan serta orang ramai, majlis itu turut disertai oleh beberapa angkasawan luar negara.

Dr Sheikh Muszaphar tiba pada pukul 10.55 pagi dengan diiringi hantaran sebanyak sembilan dulang manakala Dr Halina tiba 15 kemudian dengan 11 dulang hantaran. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda.

Kedua-dua pasangan memakai pakaian sedondon berwarna putih.

Majlis kemudian diteruskan dengan acara berbalas pantun antara kedua-dua pihak yang mana bagi pihak lelaki diwakili Abdul Malik Hamid manakala pihak perempuan pula diwakili Datuk Dr Ibrahim Endan.

Kemudian majlis diteruskan dengan acara pertukaran hantaran bagi kedua-dua pihak.

Kira-kira 30 buah khemah disediakan kepada tetamu dan orang ramai di luar pekarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan pelbagai hidangan disediakan.

Pada malam ini, Dr Sheikh Muszaphar dan pasangannya akan disandingkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada pukul 8 malam.

Seratus angkasawan dari 35 negara juga tidak ketinggalan untuk menghadiri majlis bertemakan “Pahlawan Melayu di Istana Kayangan” dan “Angkasa Lepas” itu.

Awalnya seramai 10,000 orang dijangka akan menghadiri majlis pernikahan itu yang diadakan pada hari ini sempena genap tiga tahun beliau berlepas ke angkasa lepas.

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina, 30, yang melangsungkan pertunangan di Hotel Klana Resort, Seremban pada 1 Januari lalu.

Beliau menetapkan 10 Oktober sebagai tarikh perkahwinan mereka bersempena tarikh angkasawan terbabit dipilih berlepas ke angkasa tiga tahun lalu.

Dr Sheikh Muszaphar berkata beliau dan Dr Harlina akan berbulan madu di Mekah sambil menunaikan haji.

“Kami akan bermula madu di ketika musim haji ini. Saya berterima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini.

“Majlis hari ini berjalan dengan lancar dan saya gembira hari ini.

Sementara itu, Dr Halina, seorang doktor perubatan dalam bidang kecantikan berkata walaupun sudah bergelar selebriti, namun Dr Sheikh Muszaphar tetap seperti dulu.

“Beliau (Dr Sheikh Muszaphar sama seperti dulu. Seperti saya kenal beliau lapan tahun dulu,” katanya.

“Sebagai ibu saya harap Halina dapat menjadi seorang isteri yang baik dan tanggungjawab. Dr Muszaphar pula adalah seorang yang menghormati orang tua.

“Saya sebenarnya tidak pernah terfikir mendapat menantu seorang selebriti,” kata ibu Dr Halina, Habibah, 53.

Bagi rakan Dr Sheikh Muszaphar, Sergey Audeev, 54, angkasawan dari Rusia berkata beliau berbangga kerana dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina.

“Ini merupakan satu kehidupan baru kepada pasangan ini.

“Sebagai rakan saya mendoakan mereka gembira dan berbahagia dalam melayari kehidupan berumahtangga,” katanya.

Bagi angkasawan Jerman Gerhaud Thiele, 50, berkata perkahwinan merupakan satu perkara yang paling istimewa untuk setiap pasangan.

“Hari ini saya gembira apabila dapat menyaksikan perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar dan pasangannya.

“Saya berharap Dr Muszaphar bergembira dan mendapat ramai anak nanti,” katanya.

Dr Sheikh Muszaphar telah ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007.

Beliau ke angkasa lepas di bawah perjanjian dengan Russia melalui program Angkasawan Malaysia dan kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara di Muar dan memperoleh ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahan dari Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.

Beliau menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia ketika menyertai program Angkasawan Malaysia.

Dr Sheikh Muszaphar merupakan seorang pakar bedah dan pegawai perubatan universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga model sambilan.

Beliau secara rasmi dipilih sebagai angkasawan oleh Roscosmos pada 9 November 2007.


kami di team kerabu bersuara mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. semoga perkahwinan berkekalan ke akhir hayat

No comments

Powered by Blogger.