Belanjawan 2011 jadi tumpuan sidang Parlimen esok

KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2011 menjadi tumpuan apabila Dewan Rakyat mula bersidang esok sehingga 15 Disember depan.

Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan tersebut pada 15 Oktober ini.

Pada majlis rundingan belanjawan di Putrajaya hari Jumaat, Najibmenyifatkan belanjawan sebagai peneraju transformasi ekonomi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sidang kali ini menyaksikan kekosongan satu kerusi berikutan kematian Ahli Parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Barisan Nasional (BN) semalam.

Chong terbunuh dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi dan bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Sembulan dekat Kota Kinabalu.

Dewan Rakyat mempunyai 137 ahli parlimen BN, 77 pembangkang dan lapan bebas.

- Bernama

No comments

Powered by Blogger.