Pelajar Nigeria Ditahan Memiliki Heroin Bernilai RM160,000
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Perbuatan seorang lelaki warga Nigeria yang berselindung di sebalik status pelajar di sebuah kolej swasta di sini untuk mengedar dadah akhirnya terbongkar apabila ditahan bersama 700gm heroin bernilai RM160,000 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang pada 12 Okt lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ACP Kang Chez Chiang berkata lelaki berusia 28 tahun itu, yang dipercayai anggota sindiket dadah antarabangsa menyimpan heroin tersebut di celahan beg galasnya.
"Dadah itu dibungkus dengan tebal menggunakan kertas karbon, span dan aluminium bagi mengelakkan dari dikesan apabila diimbas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada hari Selasa.
Beliau berkata lelaki yang belum berumahtangga itu merupakan pelajar jurusan perniagaan di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur yang telah tinggal di sini sejak tahun lepas.
Katanya ketika ditanya, lelaki itu berkata hendak ke China dan sedang menunggu rakannya namun apabila diperiksa lelaki itu tidak mempunyai tiket penerbangan.
Kang berkata dipercayai heroin itu dibawa oleh orang lain ke LCCT dan akan dibawa keluar oleh rakyat tempatan yang dijadikan keldai dadah.
"Ketika ditahan lelaki itu sedang menunggu seseorang dan dari pemeriksaan awal heroin tersebut adalah jenis tulen iaitu diperolehi dari negara timur tengah seperti Afghanistan, Iran dan Pakistan dan bukan untuk edaran tempatan," katanya.
Pemeriksaan keatas lelaki itu mendapati beliau positif dadah jenis opiat (dadah dari tanaman candu) dan ditahan reman bermula 13 Okt lepas sehingga hari ini dan pihak polis akan memohon untuk melanjutkan tahanan remannya dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kang berkata sepanjang tahun ini seramai 29 warga benua Afrika telah ditahan kerana terlibat dalam pengedaran pelbagai jenis dadah.
Daripada jumlah itu 20 daripadanya adalah warga Nigeria termasuk lapan pelajar.
"Jumlah dadah yang dirampas adalah heroin 3.1 kilogram (kg) yang bernilai RM600,000, ganja 39kg bernilai RM96,000 dan syabu 3.4 gram yang bernilai RM1,500," katanya.

No comments
Post a Comment